Wednesday, February 25, 2009

selamat ulang tahun!

selamat ulang tahun ke-5
terima kasih kerana setia
dan tak banyak karenah
hanya aku yang cuai
menyebabkan kecederaan
dan mencederakan perbelanjaan bulanan aku

sempena ulangtahun ke-5 ini
aku menjanjikan
rawatan termahal
tak pernah lagi berbelanja sebesar ini
untuk sesiapa pun
tapi aku bertekad untuk kau
walaupun kosnya mencecah RM660

mujurlah rebat tunai berakhir 31 Mac..


selamat ulang tahun ke-5 keretaku...


Selepas 5 tahun, tak adalah apa-apa yang menarik berkaitan kereta aku. Aku teringat kata-kata sufian "kereta hanya alat untuk memudahkan aku" bila aku bertanya dia tentang makeup kereta dengan bodykit, spoiler, sticker dan itu ini. Dan memang betul pandangan sufian tu bila tak lama kemudiannya dia kelihatan lebih zuhud kerana menukar kereta biru gelap tu dengan iswara saja.

Balik pada kereta aku, aku pun sealiran dengan sufian. Tapi aku lebih pada faktor RM.

5 tahun, apa yang paling diingati bersabit alat aku ni?
mungkin juga tentang kecuaian-kecuaian aku

1. Eksiden bila aku menyondol sebuah van buruk, 8 bulan selepas aku menggunakan mobil ini.
2. Eksiden terlanggar bucu pagar rumah selepas balik solat jumaat, gara-gara overdose angan-angan
3. Hampir eksiden bila terlajak ke bahu jalan selepas terlelap beberapa mikro saat.
4. Tikus bersarang di dalam
5. Tukar kipas yang rosak dengan kos RM800 (janganlah berlaku lagi).

.... apa-apa pun, lesen aku takda masalah disisi kerajaan Malaysia.



Yang sebetulnya ini adalah cerita semalam. Tapi sebaik aku berbaring sementara menunggu waktu isyak, aku tersedar dah pun 8.40. Aisehhh..terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidor? sambung tidor. So aku pun sambung tidor apatah lagi siang tadi dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan memeras tenaga.

Tidor yang tak dirancang, dengan lampu masih terang, tingkap pun tak bertutup, beberapa kali aku terjaga. Belum semayang Isyak!!..tak pa, sambung sekejap lagi. Pukul 2, pukul 3.30, akhirnya hanya 4.45 baru aku menunaikan.

Sedang bersiap-siap, baru aku teringat. Ada satu lagi tanggung jawab besar! Aisehh..dah dekat nak habis. Dengan serta merta aku on TV. Dah masuk masa kecederaan, mujurlah sempat juga menyaksikan beberapa aksi termasuk tendangan percuma Ronaldo yang terus kedakapan Julio Cesar (cerita pasai bola laaa..). Mujurlah juga perlawanan ending tanpa jaringan. Mujurlah juga esok pagi ada dua lagi pertarungan menarik.
Dont worry, aku dah set alarm untuk tak mengulangi kecuaian pagi tadi.



Tahun lepas aku memasang cita-cita tinggi untuk menukar handphone. Bila namanya cita-cita aka angan-angan, of course lah mesti yang hebat-hebat, harga ribu raban. Dan aku masa tu dah pun siapkan plan sumber kewangannya.

Tapi sudahnya, lama-lama angan-angan tu kian kabur. Keinginan nya makin tirus dan tirus dan runcing dan akhirnya aku masih lagi dengan handphone buruk ni, yang kini baterinya tak lengkap pun dua hari sudah mau dicas semula.

Ibarat serigala dengan anggur masam, aku pun sudah melupakan Nokia idaman tu sebab Nokia sudah bersekongkol dengan Yahudi.
Tak apalah, aku tak kisah pun.

Sebaik aku tau Nokia sudah bermukah dengan Yahudi, maka aku pun bertanya supremo handphone di alam siber, tentang jenama lain yang borpotensi. Respon nya membuat aku terkejut beruk, kerana dia mencadangkan nama Sony Ericsson.

Lalu, makin lah aku tak kisah menagih khidmat handphone buruk ni.


Awas! handphone anda boleh memudaratkan!











4 comments:

e-leeyana said...

hehehehe...
betul ke lesen tu disahkan? muskil ni..dah 5 tahun? mungkinkah ianya betkar rupa? wahhh~ pasti mahal jasa kereta tu kan..

HP memudaratkan? waaaa~ lariii

Pengejar Masa said...

argh.. aku tak sanggup tengok gambar budak tu...

si nakal andi said...

oh, paling aku xtahan nak gelak ialah, kereta menjadi sarang tikus???????????

hahahahahaha

kereta aku (sekarang sudah jual ya), di tatang bagai minyak yang penuh, ok. tak sanggup aku kongsi dengan tikus tikus jalanan.

bro, beli iphone 3G la, baru kool!

aL-gOjO said...

OMG! pic censored tuh hehehe