Friday, May 29, 2009

diam

Masa untuk berdiam diri, bermula daripada

sekarang!

Saturday, May 23, 2009

Histeria - part 2

Jika para penonton kembali ke pawagam dengan harapan untuk menyambung semula keseraman yang diperolehi dalam episod lalu, ternyata mereka akan pulang hampa.

Meskipun ini adalah sekuel episod pertama, sayang sekali unsur seramnya tidak ketara, malah hampir tidak ada.

Cerita bermula dengan kehadiran ustaz dan rombongannya ke surau. Selepas sembahyang maghrib, ustaz ke hadapan memberikan penjelasan tentang apa yang bakal di buat malam itu.

Ia bermula dengan solat hajat dua rakaat diimamkan sendiri oleh ustaz. Sebaik selesai doa, para penonton seakan mula merasa episod kali ini lebih mengujakan apabila ustaz mula membuka paket-paket garam dan lada hitam untuk disekalikan dalam sebuah bekas. Mungkin ada yang mula terfikir kisah kali ini akan mirip "Expose Mistik".

Penantian penonton berpanjangan kerana selepas membaca surah yasin, ustaz membacakan pula wirid-wirid, dibacakan terus daripada kitab kecil yang dibawanya. Dan penonton akan mula terasa sekuel kali ini kurang tarikannya apabila selesai sembahyang isyak, para jemaah mengadap pula hidangan meehoon goreng dan karipap. Membasahkan tekak adalah air teh susu yang cair tapi manis cam siot.

Hanya selepas kenyang barulah jemaah bergerak ke lokasi. Mungkin inilah saat yang paling dinanti bagi penonton yang masih belum bergerak dari kerusi masing-masing. Dengan sinaran lampu jalan yang samar, ustaz memberi taklimat terakhir tentang bagai mana kaedah yang akan dilakukan.

Para jemaah berpecah dua. Dengan iringan azan, ustaz yang mengepallai kumpulan pertama mula bergerak sambil tangannya mula menabur-nabur campuran garam dan lada hitam ke sekeliling bangunan tiga tingkat tersebut.

Malam yang suram, blok yang sunyi kerana penghuni telah pulang, laungan azan dan bunyi serangga malam seakan-akan cuba mencuit deria seram penonton, tapi sayang tetap tidak menjadi.

Keseluruhannya, Histeria-part 2 ini memang mengecewakan peminat kisah seram. Mereka mengharapkan aksi-aksi luar biasa akan lebih ketara kali ini, tapi pengarah bertindak mengolah kisah kali ini dalam bentuk yang berlainan sama sekali.


Friday, May 22, 2009

Tazkirah Jumaat

---- KEPADA ISTRI2 SOLEHAH------



Hargailah isteri anda.......

Mulianya seorang isteri disisi Allah....
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...... .

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan.... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak…..ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki..
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgaMu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu...
kamilah hamba yang mengharap belas dariMu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw bersabda (mafhumnya) : "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!"

Wednesday, May 20, 2009

dadah


Harini ganja berharga RM900,000 dirampas oleh polis Pulau Pinang.
Baru sj beberapa minggu lepas, dadah hampir 1 juta dirampas di Rompin, Pahang. Satu Datuk ditahan.

Minggu lepas, ketamin disorok belakang bingkai gambar dirampas. Bulan empat, ketamin tu disorok dalam patung Hindu, pun berjaya disekat.

Kenapa banyak sangat dadah dibawa masuk ke Malaysia kebelakangan ni?
Semua dapat inspirasi daripada 1Malaysia ka?


Atau, sebenarnya benda tu memang sebenarnya banyak berlaku, cuma kebelakangan ni baru pihak berkuasa kita dapat tenaga baru menyekatnya?

Tuesday, May 19, 2009

Samseng Jalanan vs Judi Haram

welkam beck, maria!


Ada beberapa berita menarik dalam Buletin Utama.

Tapi aku hanya nak memanfaatkan ruang ni untuk mengulas dua saja.

Pertama tentang saranan mengganti label "mat rempit" kepada "samseng jalanan".
Malang, aku tak dapat menangkap siapa empunya saranan.
Apa pun, menukar nama tersebut tak akan dapat menggerakkan kudrat dan iltizam rakyat Malaysia mengusahakan apa-apa yang perlu untuk menangkis samseng jalanan ni.

Dah lama kita melabel "sampah masyarakat" kepada penagih dadah. Tapi malangnya penagih dadah masih jadi sebahagian hitam kotoran yang mencemarkan Mungkin sebab orang Malaysia masih tipis kesedaran menjaga kebersihan maka label "sampah masyarakat" tersebut tak pun mencuit inisiatif mereka membersih dan memvakum kotoran tersebut.
Samseng pun sebenarnya sudah sinonim dalam kalangan kita. Budak sekolah bertumbuk. Samseng jadi tali barut Along menagih hutang. Di Petaling Street, samseng berjual beli. Jadi "samseng jalanan" ini sekadar menambah populasi sedia ada.


Kedua, di Jengka, kedai makan jadi sumpah-sumpah mengaburi kegiatan judi haram. Sasarannya, peneroka.
Orang Malaysia nampaknya sukakan yang haram. Dah ada judi halal, masih mengejar yang haram.
Mungkin mereka duduk jauh dari premis judi halal, jadi susah untuk mereka melampiaskan nafsu judi mereka lalu memilih yang haram. Mungkin juga para peneroka tu tak mahu menghabiskan terlalu banyak masa mereka berladang sawit untuk beratur berpusu-pusu di kaunter judi halal. Mungkin juga mereka mahu mengelakkan keaiban pada ugama mereka, jadi mereka cenderung untuk memilih judi haram yang berlakon sebagai kedai makan.

Monday, May 18, 2009

histeria


hari ni aku berpeluang menyaksikan orang histeria di depan mata.

tapi agak anti klimaks, kerana histeria yang aku gambarkan dalam fikiran selama ini, iaitu menjerit-jerit meracau sambil menunjukkan aksi fizikal yang agresif, tak menjadi kenyataan.

Mangsa tadi dah pun terbaring sambil sedikit meronta yang tertahan-tahan kerana dia dah dipegang oleh tiga orang wanita bertaraf makcik yang harini telah berpeluang menjadi "wira".

Dulu kawan aku pernah berkata, kalau orang perempuan histeria, selak saja kainnya. Kalau dia tak mengelak, tu maknanya dia seriusly dalam kekemarukan histeria. Tapi jika dia menepis seakan malu, masih mahu mempertahankan rahsia dalam kainnya, tu maknanya dia menipu.

Aku tak pun cuba menguji teori kawan aku tu tadi, sebab takut makcik tiga orang tu pulak yang terajang aku. So aku tonton sajalah.

Saturday, May 16, 2009

Hari



Hari ni Hari Memperingati AIDS Sedunia.
semalam Hari Guru,
dua hari lepas Hari Belia,
Minggu lepas ada Hari Ibu.

Banyak betul hari-hari di Malaysia ni.

Thursday, May 14, 2009

Fire


Ada kebakaran di tanah Tanjugaru. Kebakaran bukan benda asing, tapi di tanah kecil sekangkang kera Tanjungaru ini, ia sesuatu peristiwa yang jarang. Maka, melihatkan asap hitam menjulang naik ke awan, seumpama tornado di perladangan Texas memang sesuatu yang mengujakan

Lokasinya di kampung atas air. Ini bukan kali pertama. Sepanjang pengalaman aku disini, kebakaran skala mega pernah berlaku beberapa tahun lepas. Bezanya, yang dulu dikatakan berpunca dari khianat, yang terbaru asal-usulnya daripada gas memasak.

Sebenarnya, kampung itu adalah dark zone. Label yang aku letakkan sendiri. Puncanya kerana ini sarang utama pendatang asing. Mungkin ramai yang sah, tapi aku percaya, ramai lagi yang tak sah. Ada cerita sampai ke telinga aku tentang orang luar yang masuk ke kampung tersebut, tak lagi keluar. Bukan kerana dia menjadi penduduk tapi kerana telah ditamatkan riwayat. Tak tahu lah sejauh mana kebenarannya kerana ia cerita dari mulut ke mulut ke mulut.

Dark zone juga kerana beberapa tahun dulu, kawan aku yang balik kerja melintasi jalan di depan kampung tersebut, bercerita bagai mana ada orang-orang dari sana sedia menunggu di tepi jalan, melambai-lambai sebaik dia melintas. Bukan lambaian mesra, tapi iklan yang mereka ada barang - syabu. Ini cerita yang benar, sebab aku sendiri dah bereksperimen lalu menyaksikan keputusan yang sama seperti cerita kawan tadi.

Tapi pun, sebagai manusia, masih ada bau-bau simpati daripada benak aku untuk mangsa perumahan atas air yang sudah jadi abu.

Kebakaran mungkin juga rahmat buat pasukan pemadam api. Maklumlah bukan selalu ada kebakaran di sini. Kemalangan jalan raya pun kurang. Jadi, tak mustahil skil mereka sudah kuning karat. Sudah lupa bagai mana untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Satu kebakaran hujung tahun lepas, cerita yang sampai ke telinga aku, bekalan air dalam tangki jentera pemadam api tak ada. Musibahnya, rumah mangsa jadi hitam abu.

Pengalaman kawan aku sendiri, dia menelefon kepada skuad pemadam api bila kebakaran belukar berhampiran tempatnya sudah kian marak. Tapi tak berapa lama dia meletak telefon, tetiba skuad pemadam api menelefon dia semula bertanya "betul ke ada kebakaran?". Kawan aku mengesahkan. Bila dia mula berkira-kira bilakah skuad pemadam api akan tiba, ada lagi satu panggilan, bertanya sekali lagi betulkah ada kebakaran..

Wednesday, May 13, 2009

Mandi



KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Sunday, May 10, 2009

Blog hujung minggu

Barangkali blog aku ni sesuai diletak tajuk "blog hujung minggu", sebab hujung minggu saja aku dapat meluang masa berfikir apa yang nak ditulis.

Itu pun baru berfikir, belum menulis lagi. Aduhhh...

Tuesday, May 5, 2009

Let the children?

Let the children decide what’s best for them


I AM a Muslim mother of three, married to a Chinese man who chose Islam after having gone through two religions.

As a mother, I empathise with Indira Gandhi and I would feel just as devastated if my children are taken away from me.

However, I cannot ignore the pain that a father would feel if he is not given the right to have a hand in raising his children.

Divorce is painful for all; not just to the two parties and their children, but also to the extended family and friends when they are forced to take sides.

Our present legal dual system of civil and Syariah has made it very divisive for the people. The non-Muslims are sceptical of the Syariah court’s objectivity while converted Muslims are suspicious of the civil courts. Why not establish arbitration between the two as enshrined in the Quran 4:35 “If you fear a breach between the two, then appoint a judge from his people and a judge from her people; if they both desire agreement…”

At the moment, I sense that decisions are normally made unilaterally by either the Syariah or civil court.

The twain should meet.

As parents, we can only guide but the final decision still rest with the individual. We may raise our children to be staunch Muslims or Hindus, but they may end up subscribing to Judaism or be an atheist. At the end of the day, they are still our children.

We should also reflect on why we, Muslims and non-Muslims alike, are so antagonistic towards a person’s personal beliefs. Why this need to ensure our children is in our “team”?

Would they love us any less if they are not? We must have enough faith to allow them to exercise their God-given free will to decide what is best for them.

HAJJAH HASLINAH YACOB,
Kuala Lumpur.



tiga perenggan terakhir untuk difikirkan.

Sunday, May 3, 2009


Malam semalam ketika sedang menghayati pertemuan Chelsea dengan Fulham, tetiba ada sms.

Ah, untuk kali ke tiga aku menerima sms tawaran :-
"Free daftar
Berita terkini
Rakaman aksi murid wanita SPM 12A yang PANAS dalam tandas
HEBAT, PANAS, tentu PUAS HATl
Taip ON AD dan htr ke 36644. Utk 18 keatas"

Kalau tawaran sebegini, kebarangkalian pelakunya budak Melayu memang tinggi. Sebab dalam kegiatan kelucahan dan sekutunya, orang Melayu memang hebat Yang belakang tabir - pengedar, peniaga dan pembuat untung pasti bukan Melayu.

Tapi pun, benda ni bukan baru. Dalam internet ia dapat diakses dengan beberpa klik. Maka oleh sebab itulah iklan sms yang aku terima tadi menyelitkan fakta tambahan untuk menaikkan tahap keterujaan pelanggan.

Tapi siapa yang heran dengan budak 12A?


Dalam SPM lepas, tak silap aku 10, 000 orang dapat semua A. Ya, sepuluh ribu!.
Mungkin SPM mungkin mudah, mungkin juga budak makin pandai.

Kalaulah betul budak yang diiklankan dapat 12A, nyata kepandaian dia hanya terhad pada kertas peperiksaan. Dalam konteks menjaga tertib, adab, keprihatinan pada maruah dan seumpamanya, dia ada kebodohan yang sangat nyata. Dan aku pasti, dia bukan satu-satunya budak 12A yang yang sebegitu.
Tapi untuk berlaku adil, mungkin produk yang diiklankan tu, dilakukan tanpa sedar.


Pada kefahaman aku, semakin tinggi ilmu seseorang, dia menjadi semakin zuhud, dekat dengan Tuhan.
Tetapi zaman moden ini, nampaknya semakin berilmu manusia, makin ketara kelihatan sifat bebal dalam dirinya. Ada yang sudah berani menafikan hukum Tuhan yang sudah nyata, hanya kerana dia sudah bijak mentafsir perintah dari sudut pandang lain. Ada kawan dalam forum yang selalu aku ziarahi, sudah galak menyalahkan anutannya sebagai agama yang menakutkan dan suka menakut-nakutkan.