Saturday, February 28, 2009

kalau dah tak suka..

Time suka, kentut busuk pun di kata wangi;
tapi bila dah tak suka, tak sempat kentut dah dikutuk kaw2..

thats the latest scenario in my workplace..
tapi tak boleh dielaborate kerana boleh menjejaskan kepentingan banyak pihak, dan menimbulkan kegelisahan - layak diISAkan kalo berlaku....



Kalo aku berhadapan dengan orang yang mulutnya meluahkan perkara-perkara yang aku tak suka atau tak setuju, aku tak menzahirkannya dengan kata-kata. Dah lama aku melatih diri sendiri untuk kutuk dalam hati. Sebab aku tau, acap kali dorang degil, cakap mereka saja yang betul. Kalo macam tu, kenapa kadang-kadang dorang macam bertanya pandangan aku?
Jawabnya, itu hanya salah satu method untuk mengesahkan kekepalabatuan mereka.




Dalam banyak keadaan, aku ada PR yang sangat teruk, melainkan aku berada dalam kalangan kawan-kawan biasa.

Lama dulu, Usop minta tolong aku bawa kawan dia yang datang berurusan ke sini, sebab dia pun outstesen. Mujur kawan tu datang sehari saja, maka malamnya aku hanya bawa dia ke kedai makan dan pusing-pusing bandar - sementara menunggu dia penat, atau lebih tepat aku yang mengantuk.

Bila aku jumpa Usop kemudiannya, kawan tu kata aku ni membosankan.
Aku tak dapat untuk tak bersetuju, dan hanya tersengeh mengakuinya.

Kalaulah aku agen insuran, atau kad kredit, memang aku tak akan lama bertahan.



Cukup-cukuplah becerita kekurangan sendiri.
Lets follow the trail...

follow the path, be sure to hold on to the "railing"



Keep an eye on the person in front of you



be very carefull when passing someone going in the opposite direction


now just up a few steps


gets a little steeper here - so put your toes in the holes


a few more steps to go


finally in sight



THE RESTAURANT!

Dare to go?


Friday, February 27, 2009

Sepuluh ribu yang ke tiga

25 March 2007

27 Februari 2009 - 13 km berikutnya


Harini Jumaat, kereta aku melengkapkan 10 ribu km yang ketiganya.

Tempat : berhampiran simpang lampu isyarat balai bomba kampung Jawa
Masa : kira-kira 1.45 petang

Dengan serta merta aku mencari port untuk berhenti bagi merakamkan gambar angka bertuah tersebut. nasib baik sempat membelok ke JPJ sebelum angka 0 naik jadi 1. Tapi rupanya angka 30,000 bukan angka bertuah. 2, 3 kali aku snap gambar, sebab siang dengan matahari yang terik, angka tak berapa nampak. Aku adjust beberapa kali, pun tak berhasil. Dalam aku sedang bekerja keras tu, bateri pula buat hal. Ahhh...
Maka angka keramat tu tak dapat aku rakamkan.

(Ada tak orang lain yang buat kerja macam aku ni?)

10,000 yang pertama dulu berlaku ketika melintasi markas platun bekalan ATM, balik dari bandar. Masa nya aku tak ingat. Sebab takda kamera ketika tu, dan tak terfikir nak merakamkannya, aku hanya selebret dengan membunyikan hon beberapa kali. Berani buat benda separuh siuman itu, sebab laluan tu takda kediaman orang dan takda kereta lain.

20,000 yang kedua berlaku kira-kira 6.15 pagi. Memang aku tunggu, jadi dapat aku rakamkan gambarnya, seperti di atas.

Jadi harini, genap 30,000.

selasa lepas, kereta aku berusia 5 tahun. Jadi secara purata, setiap tahun ia telah berjalan sejauh 6,000 km. Ke manalah aku berjalan sejauh tu, sedangkan tanah di sini sekangkang gorila saja...






Sempena Jumaat yang mulia, apa kata kita menginsafi diri sekejap....

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu,

2. Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan,

3. Zakat dijadikan hutang,

4. Suami memperturutkan kehendak isteri,

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya,

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya,

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid,

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka,

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,

11. Arak sudah diminum di merata tempat,

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki),

13. Para artis disanjung-sanjung,

14. Muzik banyak dimainkan,

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.
Hadith riwayat Tirmizi.

Thursday, February 26, 2009

malam jumaat

pasti kaulah Yahudi yang disanjung oleh penyokong Liverpool tadi pagi



Sekarang ni ada 2, 3 kawan-kawan aku yang minat betul mengikuti siri seram-seram takut (SST) Anak Betong dan Keliwon. Kena betul lah dengan malam jumaatnya. Terima kasih pada Shuhaimi Baba yang merintis jalan untuk cerita-cerita SST ni, menerusi PHSM.

Aku tak minat nak ikut jejak langkah kawan-kawan tu.

Infact, malam aku menghadap TV sekarang ini singkat dan ringkas, setakat berita jam 8. Kecuali Isnin malamnya sebab aku mengikuti The Amazing Race; dan hujung minggu, kerana aku dah berjanji dengan Torres, Ronaldo, Anelka, Van Persie dan rakan-rakannya.

Tetapi semalam sempat pulak aku extend masa di depan TV untuk menonton mazidul di 360. Bila liputan mengenai Bangla yang tinggal dibawah jambatan di KL sana, sekali lagi aku jatuh kasihan - kali ke-2 dalam tempoh 3 hari! Melihat mereka hidup macam pelarian perang, makan dengan ikhsan orang ramai, mandi dari air paip pecah; itu semua tidak menggambarkan betapa mereka sebenarnya menumpang disebuah negara yang kini ribut menghias diri dengan modenisasi.

Yang sebetulnya, rasa kemanusiaan yang suci murni lagi berkualiti dalam diri aku ni, tersedar beberapa tahun lepas bila aku menonton kisah pelarian perang di Afrika, Sudan kalau tak silap. Bila pengulas menyebutkan mereka sebahagian besarnya orang Islam, dan seperti biasa, tidak dipedulikan oleh saudara seislam mereka, hatta sekaya-kaya manusia di semenanjung Arab, maka masa itulah rasa kemanusiaan aku mula.

Barangkali selama ini aku tak terfikir yang aku sebenarnya turut bertanggung jawab terhadap mereka, atas landas persaudaraan Islam, semata-mata kerana mereka orang-orang hitam, kurus kering, dan semestinya bila dalam pelarian, serba-serbi buruk. Akan tetapi liputan tersebut menjadikan aku lebih insaf dan sedar.

Justeru, atas dasar yang sama juga belas ihsan aku tertumpah menonton paparan tentang Bangla-bangla di KL yang rata-rata menjadi mangsa eksploit agen-agennya.

Wednesday, February 25, 2009

selamat ulang tahun!

selamat ulang tahun ke-5
terima kasih kerana setia
dan tak banyak karenah
hanya aku yang cuai
menyebabkan kecederaan
dan mencederakan perbelanjaan bulanan aku

sempena ulangtahun ke-5 ini
aku menjanjikan
rawatan termahal
tak pernah lagi berbelanja sebesar ini
untuk sesiapa pun
tapi aku bertekad untuk kau
walaupun kosnya mencecah RM660

mujurlah rebat tunai berakhir 31 Mac..


selamat ulang tahun ke-5 keretaku...


Selepas 5 tahun, tak adalah apa-apa yang menarik berkaitan kereta aku. Aku teringat kata-kata sufian "kereta hanya alat untuk memudahkan aku" bila aku bertanya dia tentang makeup kereta dengan bodykit, spoiler, sticker dan itu ini. Dan memang betul pandangan sufian tu bila tak lama kemudiannya dia kelihatan lebih zuhud kerana menukar kereta biru gelap tu dengan iswara saja.

Balik pada kereta aku, aku pun sealiran dengan sufian. Tapi aku lebih pada faktor RM.

5 tahun, apa yang paling diingati bersabit alat aku ni?
mungkin juga tentang kecuaian-kecuaian aku

1. Eksiden bila aku menyondol sebuah van buruk, 8 bulan selepas aku menggunakan mobil ini.
2. Eksiden terlanggar bucu pagar rumah selepas balik solat jumaat, gara-gara overdose angan-angan
3. Hampir eksiden bila terlajak ke bahu jalan selepas terlelap beberapa mikro saat.
4. Tikus bersarang di dalam
5. Tukar kipas yang rosak dengan kos RM800 (janganlah berlaku lagi).

.... apa-apa pun, lesen aku takda masalah disisi kerajaan Malaysia.



Yang sebetulnya ini adalah cerita semalam. Tapi sebaik aku berbaring sementara menunggu waktu isyak, aku tersedar dah pun 8.40. Aisehhh..terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidor? sambung tidor. So aku pun sambung tidor apatah lagi siang tadi dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan memeras tenaga.

Tidor yang tak dirancang, dengan lampu masih terang, tingkap pun tak bertutup, beberapa kali aku terjaga. Belum semayang Isyak!!..tak pa, sambung sekejap lagi. Pukul 2, pukul 3.30, akhirnya hanya 4.45 baru aku menunaikan.

Sedang bersiap-siap, baru aku teringat. Ada satu lagi tanggung jawab besar! Aisehh..dah dekat nak habis. Dengan serta merta aku on TV. Dah masuk masa kecederaan, mujurlah sempat juga menyaksikan beberapa aksi termasuk tendangan percuma Ronaldo yang terus kedakapan Julio Cesar (cerita pasai bola laaa..). Mujurlah juga perlawanan ending tanpa jaringan. Mujurlah juga esok pagi ada dua lagi pertarungan menarik.
Dont worry, aku dah set alarm untuk tak mengulangi kecuaian pagi tadi.



Tahun lepas aku memasang cita-cita tinggi untuk menukar handphone. Bila namanya cita-cita aka angan-angan, of course lah mesti yang hebat-hebat, harga ribu raban. Dan aku masa tu dah pun siapkan plan sumber kewangannya.

Tapi sudahnya, lama-lama angan-angan tu kian kabur. Keinginan nya makin tirus dan tirus dan runcing dan akhirnya aku masih lagi dengan handphone buruk ni, yang kini baterinya tak lengkap pun dua hari sudah mau dicas semula.

Ibarat serigala dengan anggur masam, aku pun sudah melupakan Nokia idaman tu sebab Nokia sudah bersekongkol dengan Yahudi.
Tak apalah, aku tak kisah pun.

Sebaik aku tau Nokia sudah bermukah dengan Yahudi, maka aku pun bertanya supremo handphone di alam siber, tentang jenama lain yang borpotensi. Respon nya membuat aku terkejut beruk, kerana dia mencadangkan nama Sony Ericsson.

Lalu, makin lah aku tak kisah menagih khidmat handphone buruk ni.


Awas! handphone anda boleh memudaratkan!











Monday, February 23, 2009

and the winner is..

(sori bro, benjamin kena TKO)

Kate Winslet won after 6 tries, Sean Penn won his second in 5 years, and Heath Ledger need to order bigger cabinet for this new sacred throphy.

Kalo dalam grammy, biasa juga artis yang menang tetapi tidak hadir, akan ada live telecast menayangkan ucapan nya, atau pun pemenang sedang memegang thropy tersebut. Misalnya, Amy Winehouse di Grammy tahun lepas. Dulu-dulu pun, kalau tak silap Bob Dylan pun pernah menerima Grammy dengan cara yang sama.

So, kenapa time Heath Ledger menang, tak dibuat telecast di kuburnya? Memang la dia takkan bangkit dari kubur memberi ucapan penghargaan, tapi tak mahukan mengadaptasi amalan Grammy? Atau mayat Ledger dah dibakar dan abunya dihanyut ke perairan Perth untuk tak dijumpai lagi.

Anyway, after Golden Globe, Actors Guild and BAFTA, he must be really proud to be...

"THE JOKER"


Pernah ke aku menang award? Jawabnya, dengan lurus bendul dan jujur, tak pernah. Aku tak berkecimpung dalam bidang yang meng"habuan"kan award sebagai ganjaran, so mana nak menang?

Tapi menang peraduan adalah. Zaman kanak-kanak dulu, pernah menang peraduan mewarna dalam akhbar Mingguan Kanak-kanak (tau?). Hadiahnya water colour. Tapi sampai kini, sampai penerbit tu dah bungkus pun, water colour tu belum aku jumpa. Anyway, ada juga kejayannya bila aku dapat 2 kawan perempuan sebab alamat aku tersiar. Sorang dari Terengganu, yang selepas beberapa surat aku ignore sebab dia poyo; sorang dari Kedah, aku layan juga, tapi kemudiannya aku terus diam sebab alamat dia aku terlupa. Konon2 aku boleh ingat sebab alamatnya ringkas, tapi ringkas tak menghadkan kuasa keterlupaan aku.

bila dah lama meninggalkan zaman menang water colour tu, aku hanya menang beberapa cabutan bertuah dalam jamuan anjuran tempat kerja. Itupun sebab memang semua orang dapat hadiah....

Malam semalam, sempat juga aku menonton recap Jemputan Umrah di Astro Awani. Seronok, terharu, gembira, sedih, teruja bila melihat rata-rata penerima menangis kegembiraan menerima hadiah yang tak terduga. Tambah-tambah yang menunjukkan emosi tu adalah yang menerima kejutan hadiah tersebut. Sangat mengesankan!

Antara yang memorable adalah seoarang ibu yang pernah melalui trauma kanser payudara, dan kemudiannya berusaha membina sekolah tahfiz untuk anak-anak perempuan. Seorang suami yang menghadiahkan umrah tersebut untuk isterinya yang telah berkorban duit membiayai pembedahan bapa si suami. Kakak dan adik yang mengusahakannya untuk saudara lelaki yang masih dirantai ketagihan dadah. Dan seorang perempuan yang menghadiahkannya kepada seorang pemandu teksi dan seorang anak muda yang membuat jariah menguruskan jenazah.

Honestly, aku suka tengok cerita-cerita sedih macam ni, yang terharu dalam kegembiraan.


Saturday, February 21, 2009

menangani krisis kewangan

I scored twice at Nou Camp!




harini semua orang sibuk dengan krisis kewangan dan cara menanganinya.

malam tadi, datuk noh omar mengumumkan KOBERA (nope, xda K dihujung perkataan tu), koperasi untuk membantu marhaen berpendapatan rendah membuka pintu rezeki yang diragut kegawatan. Bila aku mendengar ia akan dibuka di setiap kawasan parlimen seluruh negara, serta merta prasangka dan prejudis dalam hati perut aku membuak-buak. Biasalah, aku pun tipical malaysian..

dua malam lepas, ada seorang makcik, atau mungkin lebih tepat seorang pakar, (sori la, sbb aku tngk berita halfway) mencadangkan kita mencatatkan perbelanjaan setiap hari. Genap sebulan, semak semula perbelanjaan tersebut dan singkirkan perbelanjaan tak perlu.

Menarik juga cadangan makcik tersebut. Tapi sekali lagi skeptikal aku, mampukah kita merajinkan diri membuka catatan perbelanjaan harian?

Untuk orang yang kaya, duit berlebih-lebih, macam saudara yang di tanah arab, ada pakar yang mencadangkan membeli emas (walaupun aku bukanlah macam saudara di tanah arab yang duitnya melimpah-limpah, bagi lah aku peluang untuk mempertimbangkan cadangan ni)

Menjadikan cadangan ini lebih mengujakan bila pakar turut menjelaskan, dalam tempoh beberapa tahun terkebelakang, harga emas meningkat secara konsisten.

maka aku pun berangan-angan ke kedai emas di bandar, membeli emas barang dua tiga urat, simpan hingga dapat pulangan; dan angan-angan aku meleret-leret lagi hingga satu imej terbayang dalam kepala hotak aku - MAMI JARUM!!!!
(Siapa lah yang bertuah nak menjadi mami jarum aku?)

Yang sebetulnya, aku pun sedang membelek kalendar mengira tempoh untuk mula mengetatkan perbelanjaan. Maklumlah, tanggungan akan bertambah besar, sedangkan pendapatan masih di tahap lama. Ada lagi dua bulan sebelum dilancarkan kempen tersebut. Takda bunga api, tarian kebudayan, yang ada cuma keinsafan betapa dunia hanya pinjaman
- sekadar menyedapkan hati sendiri..

Thursday, February 19, 2009

dua hari yang sunyi

nampaknya ketekalan aku menaip dalam blog ni hanya bertahan selama 8 hari. Dua hari terkini aku duduk diam, sebahagian besarnya kerana wabak "ngantuk yang tidak tertahankan" - sehinggakan aku tak sempat pun habis menonton buletin utama.

yang buat aku terkesan, sudah 4 hari tetapi kes elizabeth wong masih jadi berita utama. Bila aku membaca yang dia kuat berpegang dengan keinginannya mengundur diri, dan sudah pun undur sejauh ke luar negeri, maka aku sangat kagum dengan elizabeth wong.

Politik Malaysia hari ni penuh dengan orang yang b****t nya sudah terlekat gam gajah kepada kerusi YB, disuruh pergi pun tak mahu; yang mahunya ke pintu mahkamah. Tapi Elizabeth nyata lain daripada yang lain.

Aku tak berminat pun nak melihat foto tidur dalam pelbagai aksi Elizabeth Wong. Tambah-tambah bila wajahnya muncul di tv, dia bukan lah zhang ziyi, atau sekurang-kurangnya Lucy Liu. Tetapi bila berita sangat sibuk dengan kisahnya, terutama pada hari-hari terawal, dan 2 hari lepas Federal CID Director, mengarahkan rakyat yang memiliki menghapuskannya, deria ingin tahu tinggi semula frekuensinya.

Tapi lama aku tunggu, dalam kotak email pun takda yang berkongsi, maka aku pun kembali kepada keputusan asal - tidak lagi berminat dengan aksi pelbagai elizabeth wong tidur berkaca mata. Maka sebagai galang gantinya, yang dibawah ni sudah tentu jauh lebih menarik, meski pun mereka tak memakai kaca mata..

kau lebih cun dari elizabeth..


kau pun tak terkecuali..


Satu yang paling memualkan dalam isu ni adalah bagaimana orang politik sibuk betul hendak menampilkan diri menjadi juara. Lebih mual, ada yang bertopengkan NGO, seakan-akan mau rakyat tahu dia berhujah atas tiket pihak neutral. Tapi, masyarakat Malaysia lulusan web dan blog sudah makin ramai, maka mudah sekali mengesan niat sebenar orang-orang macam tu. Maklumlah, bulan Mac makin dekat..




Utusan Malaysia harini mendedahkan ramai rakyat Malaysia sakit mental skizofrenia, tanpa disedari. Tanda-tandanya adalah menjerit dan memekik tanpa sebab, tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.

Diagnosis cepat, setakat ni, terutama dalam tempoh paling terkini, aku rasa macam tidak berminat untuk kerja. Ada juga terfikir nak menjerit, tetapi kebersihan masih terjaga. Dan kawan-kawan pun masih okay sebab aku belum berlaku ganas.
so, aku mental aku masih sihat. Tapi aku jadi risau dengan minat yang hilang tiba-tiba. Bukan kerana tiada kerja, tapi banyak kerja, sampai aku tak tau mana 1. Barangkali saat macam inilah orang akan bersyukur jika dia menjadi sotong atau obor-obor.

Hilang minat + tekanan = sakit mental???
ada sapa nak cuba buktikan persamaan ni?

Tuesday, February 17, 2009

T.U.A

kawan-kawan zaman sekolah - decades later


Sejak menyertai komuniti facebook, dengan beberapa klik aku sudah dapat mengesan kawan-kawan lama zaman sekolah dulu, yang semuanya tak pernah aku jumpa sebaik habis zaman beruniform.

dan facebook itulah yang menyedarkan aku kepada satu realiti, sudah tua rupanya aku ni.. tambah-tambah bila melihat sebahgian besar kawan-kawan lama tu sudah pun menandingi keboroian sesama sendiri.

barangkali, itulah kelebihan aku bekerja dikelilingi anak-anak muda (ikan??), rasa muda sentiasa.

Atau sebenarnya, tak sedar diri???




Harini, singgah sebentar di stesyen minyak untuk ke ATM, tetiba aku nampak subjek yang berpotensi untuk aku tempelkan di blog ni, iaitu nawaitu sebenar-benar blog ni ditubuhkan.

Tapi tiba-tiba rasa macam poyo pulak kalau aku mendapatkan dia dan snap gambar.
Dalam berbelah bagi tu baru aku kemudiannya perasan ada orang lain dalam kereta merah subjek.
Mujurlah belum buat keputusan, atau aku mesti akan jadi mangsa kecurigaan orang dalam kereta tu kalau niat diteruskan.

Takpalah, lain tahun, lain posting, masih ada.

Monday, February 16, 2009

pasca Gaza

The Real King - after he scored two against Gijon



Sebenarnya ada juga lalu-lalang dalam fikiran aku untuk menempelkan bahan berkenaan krisis Gaza yang baru lalu, sementelah banyak juga gambar-gambar yang serba menginsafkan masuk ke dalam peti email aku.

Tetapi oleh sebab krisis sudah pun reda, setidak-tidaknya untuk waktu ini tiada lagi serangan seazab "Pesta Perayaan Tahun Baru - Zionis Style" baru lalu, maka aku tangguhkan niat serba murni itu. Tambah lagi, semua sudah pun banyak melihat rakaman foto sedemikian, mungkin jauh lebih banyak dari RM yang disisip masuk ke dalam tabung derma Gaza

Hinggalah hari ini bila ada sesuatu yang baru boleh aku kongsikan.
Of course, sumbernya dari kotak email lah, mana lagi??





Gambar hiasan ...



Ini cerita yang sebenarnya...
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera

Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari

udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula

infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza

bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.



Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang

membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia

Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin"

di Masjid
Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin,

Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru

ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang

sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada

bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel.

Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka.

Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah

ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung

tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut.

Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil

oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera

Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat

mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak

dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh

dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang

dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi

(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak

ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya

melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket

bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua

belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila

ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan

apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut

masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa

matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian

putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang

mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai

pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa

kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam

Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang

lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih

ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.

Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah

swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan

yang lebih ramai.





Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama

serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya,

Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad

Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain

kafannya masih putih bersih.
 Beliau adalah salah seorang pengasas dan

pemimpin HAMAS.





"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di

ufuk

dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia

adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi

segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Saturday, February 14, 2009

sesuatu untuk hari ahad

Ahad lazimnya dikaitkan dengan waktu luang untuk berehat-rehat.
Tapi konotasi tu lah yang membuatkan ahad aku menjadi sesuatu yang membosankan.

Maka, aku tampalkan beberapa gambar untuk membawa sedikit keceriaan pada sapa2 yang melalui saat yang sama macam aku sekarang ni.



GENDER-DYSPHORIA APPROVED!



MESSAGE FROM A LAWN


CHECK OUT THE LAST INGREDIENT!!


ORIGINAL DRINK


A TOURIST INFORMATION COUNTER


DONT STEP IN IT!

14 February yang istimewa

banyak kali kita dengar dan baca tentang perkhidmatan jabatan kerajaan yang kurang memuaskan, dan itulah yang aku lalui petang sabtu 14 februari ini.

dengan tak semena-mena kereta aku dah jadi ambulan membawa pesakit yang terjatuh dari pokok kelapa ke hospital. Ya, pokok kelapa, tapi pokok yang baru belajar nak menunjuk langit.

sampai di hospital, bahagian kecemasan. Sebenarnya, di tempat sekangkang kera ni, bahagian kecemasan nya bukanlah yang digambarkan dalam Greys Anatomi atau ER, kerana pesakit demam atau sekadar sakit-sakit pun datang ke sini; tapi bila melihatkan poster kecil yang ditampal di dinding, maka aku yakin kes yang aku bawa ini satu kecemasan kerana ia tersenarai sebagai satu daripada sembilan kategori kecemasan.

tapi hampir 20 minit menunggu, barulah dipanggil masuk. Oh, rupanya mamat yang aku terserempak ketika aku menuju ke kaunter tadi rupanya. Ketika aku masuk, dia berjalan meninggalkan bilik rawatan. Tapi dalam bilik tu, tak sampai 90 saat, dia sudah mengarahkan kami keluar semula, ke xray katanya.

Kami tunggu lagi. Sudahnya, selepas hampir 30 minit, aku menjengah ke bilik semula. Xray technician oncall, dia belum sampai, kata Pembantu perubatan yg kurus tinggi tu. Aku dah mula nak sakit hati..tapi belum sempat sakitnya menusuk, sudah ada nurse keluar mengarahkan kami ke bilik xray.

Memang betullah dia oncall. Sebab sebaik dia membuka pintu memanggil masuk pesakit yang aku bawak ni, dia rupanya hanya berkemeja T dan beseluar pendek! Mungkin dia tengah bersiap nak main bola waktu menerima panggilan ke hospital.

sebaik dapat filem xray, juruteknik tu sempat bercerita yang tulang tangan sebelah kanan tecedera sikit. Lalu kami berjalan semula ke ruang kecemasan untuk mendapat rawatan, iaitu sebenarnya untuk menunggu buat kesekian kalinya.

kali ni ada doktor menunggu di bilik rawatan, seoarang anak muda keturunan india, tinggi dan bergaya sempoi sempena petang sabtu agaknya, atau sempena VD.

Tapi aku sekadar mengangguk ya, dan paham bila dia kata takda kecederaan apa-apa pada tulang. It looks ok to me, kata dia, jadi dia akan membekalkan ubat tahan sakit saja.

Selepas beberapa ketika keluar dari rawatan doktor lulusan IMU tu, tetiba dia memanggil semula. After second check, katanya, baru dia dapat mengesan ada kecederaan minor pada tulang tangan kanan.
Wah, rupanya juruteknik xray lebih tajam pandangannya dari doktor!

tapi pandangan kali kedua tu yang mengheret episod menunggu menjadi makin panjang, ibarat sinetron indon yang tak tahu nak habis, hatta mencecah beratus episod.

Sudahnya aku balik dengan meninggalkan pesakit yg masih kuat bedengkur gara-gara sedatif ketika rawatan. Perencanaan doktor tu, dia perlu dixray semula untuk melihat kesan rawatan, tapi kalau dia sudah makin lena, entah bila dia nak dihantar ke unit xray.

maka aku pun balik selepas hampir lima jam di hospital...


sori Eric, aku balik dulu....

Friday, February 13, 2009

Asal usul solat

sempena hari jumaat yg mulia, maka afdhal lah untuk menulis sesuatu yang baik-baik dan membawa barakah. Maka ditampalkan di bawah ini petikan dari peti email aku.

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .

Thursday, February 12, 2009

tribute to jonas n elias

Jonas

elias


These two boys are babies of sandra, my pen turned emailfriend of almost 18 years now..






Wednesday, February 11, 2009

Barangan buatan malaysia dan ....


Paklah minggu lepas menyarankan rakyat Malaysia mengutamakan keluaran tempatan. Rakyat perlu membuang fikiran bahawa barangan Malaysiarendah kualitinya berbanding import.

Jadi, utamakan lah barangan tempatan. PM dah bagi jaminan kualitinya setanding, dan gambar di atas menyatakan satu lagi kelebihan produk dalam negara, harganya jauh lebih murah!!!

Apa nak tulis dalam blog ni?
Sebenarnya, idea dah ada, tapi materialnya belum jumpa.

Jadi, untuk mengisi ruang, dan menguji sejauh mana aku dapat konsisten dengan benda baru ini, maka aku isi kan dengan "cut n paste" daripada akaun email aku:


Difference between "Wife" &"Girlfriend"

Some people say:
Wife is a HARIMAU ............ ...
Girlfriend is HARI HARI MAHU

And some say:

Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, Go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be
terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but HP, is cute, slim, curvy
and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often
demanding.

Most Important, TV got remote but HP doesn't have.

Last but not least.......

TV do not have virus but HP have VIRUS......
Once get it, HABIS LAH.


So better choose TV lah!

Tuesday, February 10, 2009

second try



ini adalah percubaan ke dua aku untuk menyertai komuniti pemilik blog. Lama aku jadi kaki sibuk di blog orang lain, maka mungkin ini masa untuk aku memiliki satu.

tambahan pula dengan ada sokongan moral dari jauh.

tapi tak tau adakah blog dapat bertahan.
apa pun, kalau ia nak berakhir, pasti kena bermula ..

the first big news of the day is, scolari sacked as the manager of the blues. Just a day after Tony Adams left the pompey.

at the time when they should concrentate on the title chase, Chelsea is still struggling with their basic need - finding their mr. right.

anyway, peduli apa aku ngan chelsea.