Saturday, May 23, 2009

Histeria - part 2

Jika para penonton kembali ke pawagam dengan harapan untuk menyambung semula keseraman yang diperolehi dalam episod lalu, ternyata mereka akan pulang hampa.

Meskipun ini adalah sekuel episod pertama, sayang sekali unsur seramnya tidak ketara, malah hampir tidak ada.

Cerita bermula dengan kehadiran ustaz dan rombongannya ke surau. Selepas sembahyang maghrib, ustaz ke hadapan memberikan penjelasan tentang apa yang bakal di buat malam itu.

Ia bermula dengan solat hajat dua rakaat diimamkan sendiri oleh ustaz. Sebaik selesai doa, para penonton seakan mula merasa episod kali ini lebih mengujakan apabila ustaz mula membuka paket-paket garam dan lada hitam untuk disekalikan dalam sebuah bekas. Mungkin ada yang mula terfikir kisah kali ini akan mirip "Expose Mistik".

Penantian penonton berpanjangan kerana selepas membaca surah yasin, ustaz membacakan pula wirid-wirid, dibacakan terus daripada kitab kecil yang dibawanya. Dan penonton akan mula terasa sekuel kali ini kurang tarikannya apabila selesai sembahyang isyak, para jemaah mengadap pula hidangan meehoon goreng dan karipap. Membasahkan tekak adalah air teh susu yang cair tapi manis cam siot.

Hanya selepas kenyang barulah jemaah bergerak ke lokasi. Mungkin inilah saat yang paling dinanti bagi penonton yang masih belum bergerak dari kerusi masing-masing. Dengan sinaran lampu jalan yang samar, ustaz memberi taklimat terakhir tentang bagai mana kaedah yang akan dilakukan.

Para jemaah berpecah dua. Dengan iringan azan, ustaz yang mengepallai kumpulan pertama mula bergerak sambil tangannya mula menabur-nabur campuran garam dan lada hitam ke sekeliling bangunan tiga tingkat tersebut.

Malam yang suram, blok yang sunyi kerana penghuni telah pulang, laungan azan dan bunyi serangga malam seakan-akan cuba mencuit deria seram penonton, tapi sayang tetap tidak menjadi.

Keseluruhannya, Histeria-part 2 ini memang mengecewakan peminat kisah seram. Mereka mengharapkan aksi-aksi luar biasa akan lebih ketara kali ini, tapi pengarah bertindak mengolah kisah kali ini dalam bentuk yang berlainan sama sekali.


4 comments:

ezzati said...

kamu tgk d mana?mslhnye histeria part 1 pon x seram..ermmm

pal7 said...

erk..
cter ape nih?..

azman said...

ko hati kering ezzati, tu yg tak seram..

pal, part 1 13 Mei aritu.
Aku tngk depan mata aku.
Tapi ko xda time tu

andi budak nakal said...

hahahahaha

aku sokong ezzati
part 1 tak seram

atau ko ni jenis yg cepat seram sejuk
hahaha