Saturday, May 29, 2010

Wondergirls

Aku mmg agak ketinggalan ketapi skit ttg penyanyi2 nih.. tp bila dalam kereta kawan aku asyik main lagu ni saja, aku try carik di Youtube sapa orang bergelar wonder girls.

Dan hasilnya lebih daripada menakjubkan





Monday, May 24, 2010

Telur polka dot

Friday, May 21, 2010

Never Ever Drive...

Never Ever Drive Close to Containers





Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Darjah 1
Masa darjah 1 dulu, guru kelas adalah cikgu Noriah. Sebab masa tu kecik lagi tak banyak kenangan tentang cikgu Noriah. Satu yang dapat diingat, sebab masa tu aku ni kira terer juga belajar, ujian manjang no. 1, jadi bila satu hari cikgu noriah berbual pasal aku dengan cikgu lain, dan dia sebut pula dia tau rumah aku yang mana satu, rasa bangga kembang kempis pula time tu.

Darjah 2
Pun sama tak banyak kenangan tentang Cikgu Hapipah guru kelas 2 Hijau. Ada waktu kami semua bergambar kelas, bila siap gambar Cikgu Hapipah sedang tersengeh senyum lebar. Time tu dia salahkan ada cikgu lain mengusik-usik dia menyebabkan magnitud senyumnya luar biasa time bergambar tu.

Darjah 3
Mrs Siow dah lama aku dengar tentang reputasinya sebagai cikgu yang sangat garang. Dan dalam Drajah 3 itulah aku dapat menengok secara live aksi kegarangan yang da lama menjadi urban legend sejak aku masuk sekolah. Buku budak dikoyakkannya, dicampak keluar kelas, even bag sekolah pun ada yang dicampaknya keluar kelas. Ada satu tabiatnya yang buat aku tertanya, bila ada budak yang tak dapat jawab soalan, dia akan panggil anaknya yang belajar di blok sebelah, dan dia pun akan tanya soalan sama pada anaknya - nak tunjuk anaknya yang darjah 1 pun boleh buat. Yang buat aku tertanya adalah sebab, akulah orang yang disuruh panggil anaknya tu.

Darjah 4.
Guru kelas Darjah 4 Biru adalah Cikgu Baharuddin. Awal tahun dia mintak kami buat buku skrap, tampal cerita-ceriti ambil dari surat khabar atau majalah. Jadi time kelas, dia gunakan bahan dalam buku skrap untuk kami buat latihan kefahaman. Time latihan ini, kami berebut-rebut nak jadi orang pertama siap dan hantar, walhal dia tak bagi hadiah pun. Satu kegemaran Cikgu Baharuddin, bila lepas peperiksaan, dia ubah susunan kedudukan kami sekelas ikut nombor dalam ujian.

Darjah 5
Mrs. Kesavan dah lama aku kenal, seawal Darjah 1 mungkin. Puncanya, bila dia nampak aku masa kecik2 tu, dia spontan tanya, "adik F eh?". F tu abang aku. Lepas tu from time to time ada lah something yang dia tanya pasal abang aku ni. Aku pun naik heran kenapa dia macam lama kenal dengan abang aku hinggalah satu masa kemudian aku terjumpa repost kad abang aku time dia sekolah rendah. Rupanya Mrs. K adalah guru kelas dia dari Darjah 1 sampai Darjah 5. Memang tak peliklah kalau dia berminat tentang perkembangan abang aku. Tambah pula abang aku ni ada bakat melukis yang baik, mungkin tu faktor utama yang menjadikan dia kekal ingat dengan abang aku. Tapi masa aku menajdi anak murid Mrs. K, dia selalu sakit menjadikan kebanyakan masa dia taklah selalu dengan kami di Darjah 5 Biru.

Darjah 6
Cikgu Wong naik moto hondacub nya, seoarang yang sangat minat memancing. Hari Isnin, memang selalu dia akan share cerita dia pergi memancing hujung minggu sebelumnya dengan kami sekelas. Dia pun pernah datang tempat aku mencarik ulat sagu buat umpan memancing., kawan aku yang jadi tour guidenya. Satu yang agak pelik pasal Cikgu Wong, dia pakai baju yang sama, seingat aku tiap hari. Ada pernah Azlan kawan sekelas sound direct "kenapa sir Wong pakai baju sama hari-hari?". Sir Wong jawab "aiyahh, saya balik rumah saya suruh isteri saya basuh la"..



Saturday, May 8, 2010

CERPAN (cerita panjang)

Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa” (sempena Hari Ibu)

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”.

Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu bersuaratapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mam susah nak lupakan dan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis.

Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.”

Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga.

Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara lelaki itu seakan sebak.

Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.

“Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’”

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36

Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???

Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??

Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa “REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.

Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan.

Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.

Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam barzakh.