Saturday, June 27, 2009

Rasuah


Saya sangat bangga apabila kempen pelekat dan lencana anti rasuah dikalangan warga kepolisian Malaysia, yang dah lima tahun berjalan telah berjaya mengurangkan salah laku tersebut sehingga 45%. Surat khabar dua hari lepas menyiarkan beritanya.

Pandangan peribadi saya, setakat lencana dan pelekat tak akan memberi kesan pada apa-apa kempen. Hati orang Malaysia boleh tahan kerasnya, atau degil mungkin lebih tepat. Tambah-tambah zaman sekarang bila orang Malaysia sudah cenderung nak angkat sepanduk, naik mahkamah, berhimpun cum merusuh bila tak puas hati pada sesuatu. Mana ada lembut hati nak diumpan dengan lencana dan pelekat??
Tetapi pasukan beruniform biru telah membuktikan pandangan saya menjadi palsu kini.

45% bukan angka yang kecil. Dan ia pencapaian yang hebat bila ia dijanakan menerusi pelekat dan lencana. Lencananya kecil sahaja, tapi hasilnya besar. Mungkinkah jika PDRM menambah saiz lencana tu menjadi sebesar piring cawan teh, rasuah akan terus lenyap? Saya sungguh teruja!

Jadi kepada semua penganjur kempen - kempen budi bahasa, cintailah sungai kita, jagalah alam sekitar, dan seribu macam kempen; saya rasa mereka perlu berhenti berbelanja membina papan iklan sebesar empat kali meja makan untuk menutup pinggir jalan kerana ia bukan kempen berkesan. Buat lencana banyak-banyak dan tunggu di plaza tol. Sematkan kepada baju para pemandu. Pelekat ditampal terus kepada kereta. Pergi ke sekolah-sekolah, lekatkan lenacan pada baju anak-anak, atau beg mereka sukurang-kurangnya. Singgah di pasar-pasar untuk mensasarkan para makcik yang sedang membeli belah. Tapi awas, jangan bagi pada para penjual, besar kemungkinan mereka adalah bangla atau indon, jadi membazir jika dikempenkan pada mereka.

Lepas itu, kita tunggu lima tahun, berapa persen kempen tersebut berjaya?


1 comment:

si nakal andi said...

sebenarnya, lencana yang kecil tu
berupaya mensaiko kan pemberi dan penerima rasuah

bayangkan, yang nak kasi rasuah pun macam ragu ragu bila nampak lencana kecik tu

dan polis pun malu sendiri bila nak terima rasuah, tapi dekat dada tulis anti rasuah

mainan minda tu.. tapi sangat bagus!