Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Darjah 1
Masa darjah 1 dulu, guru kelas adalah cikgu Noriah. Sebab masa tu kecik lagi tak banyak kenangan tentang cikgu Noriah. Satu yang dapat diingat, sebab masa tu aku ni kira terer juga belajar, ujian manjang no. 1, jadi bila satu hari cikgu noriah berbual pasal aku dengan cikgu lain, dan dia sebut pula dia tau rumah aku yang mana satu, rasa bangga kembang kempis pula time tu.

Darjah 2
Pun sama tak banyak kenangan tentang Cikgu Hapipah guru kelas 2 Hijau. Ada waktu kami semua bergambar kelas, bila siap gambar Cikgu Hapipah sedang tersengeh senyum lebar. Time tu dia salahkan ada cikgu lain mengusik-usik dia menyebabkan magnitud senyumnya luar biasa time bergambar tu.

Darjah 3
Mrs Siow dah lama aku dengar tentang reputasinya sebagai cikgu yang sangat garang. Dan dalam Drajah 3 itulah aku dapat menengok secara live aksi kegarangan yang da lama menjadi urban legend sejak aku masuk sekolah. Buku budak dikoyakkannya, dicampak keluar kelas, even bag sekolah pun ada yang dicampaknya keluar kelas. Ada satu tabiatnya yang buat aku tertanya, bila ada budak yang tak dapat jawab soalan, dia akan panggil anaknya yang belajar di blok sebelah, dan dia pun akan tanya soalan sama pada anaknya - nak tunjuk anaknya yang darjah 1 pun boleh buat. Yang buat aku tertanya adalah sebab, akulah orang yang disuruh panggil anaknya tu.

Darjah 4.
Guru kelas Darjah 4 Biru adalah Cikgu Baharuddin. Awal tahun dia mintak kami buat buku skrap, tampal cerita-ceriti ambil dari surat khabar atau majalah. Jadi time kelas, dia gunakan bahan dalam buku skrap untuk kami buat latihan kefahaman. Time latihan ini, kami berebut-rebut nak jadi orang pertama siap dan hantar, walhal dia tak bagi hadiah pun. Satu kegemaran Cikgu Baharuddin, bila lepas peperiksaan, dia ubah susunan kedudukan kami sekelas ikut nombor dalam ujian.

Darjah 5
Mrs. Kesavan dah lama aku kenal, seawal Darjah 1 mungkin. Puncanya, bila dia nampak aku masa kecik2 tu, dia spontan tanya, "adik F eh?". F tu abang aku. Lepas tu from time to time ada lah something yang dia tanya pasal abang aku ni. Aku pun naik heran kenapa dia macam lama kenal dengan abang aku hinggalah satu masa kemudian aku terjumpa repost kad abang aku time dia sekolah rendah. Rupanya Mrs. K adalah guru kelas dia dari Darjah 1 sampai Darjah 5. Memang tak peliklah kalau dia berminat tentang perkembangan abang aku. Tambah pula abang aku ni ada bakat melukis yang baik, mungkin tu faktor utama yang menjadikan dia kekal ingat dengan abang aku. Tapi masa aku menajdi anak murid Mrs. K, dia selalu sakit menjadikan kebanyakan masa dia taklah selalu dengan kami di Darjah 5 Biru.

Darjah 6
Cikgu Wong naik moto hondacub nya, seoarang yang sangat minat memancing. Hari Isnin, memang selalu dia akan share cerita dia pergi memancing hujung minggu sebelumnya dengan kami sekelas. Dia pun pernah datang tempat aku mencarik ulat sagu buat umpan memancing., kawan aku yang jadi tour guidenya. Satu yang agak pelik pasal Cikgu Wong, dia pakai baju yang sama, seingat aku tiap hari. Ada pernah Azlan kawan sekelas sound direct "kenapa sir Wong pakai baju sama hari-hari?". Sir Wong jawab "aiyahh, saya balik rumah saya suruh isteri saya basuh la"..



No comments: