Monday, April 13, 2009

Tanda sebelum mati


Walaupun Tazkirah Jumaat aku yang terbaru menjelaskan tanda menghampiri mati, aku rasa sangat tidak senang hati apabila ada berlaku kemalangan jiwa, wartawan pergi bertanya kepada waris "ada tak mangsa menunjukkan perangai/tanda pelik sebelum beliau meninggal dunia?". Tambah-tambah bila ia kemudian disiar di kaca TV. Dan memang sepanjang pemerhatian aku, kecenderungan ni sudah semacam wajib bagi TV3 setiap kali melaporkan kematian. Tak tahulah stesen lain, sebab aku jarang menonton berita sumber lain.

Adakah semua orang akan menunjukkan tanda pelik?

Tapi aku rasa, wartawan tu lebih mendambakan jawapan semacam - oh, "tak macam biasa dia tak makan sarapan pagi tadi", atau "kebelakangan ni dia selalu cerita mau pergi jauh" atau "dia pergi beli kain putih di kedai" atau yang seumpamanya. - Jawapan yang ada unsur pelik dan mistik yang boleh memWOWkan pembaca.

Tapi adakah wartawan tu terfikir ia boleh menimbulkan kekhurafatan pada pemikiran orang yang masih hidup ni?
Dan lebih utama adakah dia memahami perasaan waris lebih daripada keghairahan dia mencari berita?

5 comments:

si nakal andi said...

alanag alang ko dah sebut pasal ni
aku selalu pesan kat adik lelaki bongsu aku
kalau kalau aku mati kemalangan atau mati mengejut
tolong lah jangan buat cerita crappy-cakap aku nampak lain macam
atau ada perangai pelik

buat malu aku aja!

ajal kan di tangan tuhan
apa kena mengena dengan pagi makan nasi lemak tambah tiga kali??

azman said...

err..andi, ko ada adik lelaki lain ke? awat aku tak tau?

pal7 said...

betul..ajal maut di tangan tuhan..

ada tanda2 sebelum mati dalam Islam..100 hari..40 hari..1 hari..tp da x ingat lak nk cter pe tanda dia..

azman said...

ko kena baca tazkirah jumaat 3 april aku pal

pal7 said...

yap..
sy baca kat blog nih la..tp xingat..haha