Thursday, May 14, 2009

Fire


Ada kebakaran di tanah Tanjugaru. Kebakaran bukan benda asing, tapi di tanah kecil sekangkang kera Tanjungaru ini, ia sesuatu peristiwa yang jarang. Maka, melihatkan asap hitam menjulang naik ke awan, seumpama tornado di perladangan Texas memang sesuatu yang mengujakan

Lokasinya di kampung atas air. Ini bukan kali pertama. Sepanjang pengalaman aku disini, kebakaran skala mega pernah berlaku beberapa tahun lepas. Bezanya, yang dulu dikatakan berpunca dari khianat, yang terbaru asal-usulnya daripada gas memasak.

Sebenarnya, kampung itu adalah dark zone. Label yang aku letakkan sendiri. Puncanya kerana ini sarang utama pendatang asing. Mungkin ramai yang sah, tapi aku percaya, ramai lagi yang tak sah. Ada cerita sampai ke telinga aku tentang orang luar yang masuk ke kampung tersebut, tak lagi keluar. Bukan kerana dia menjadi penduduk tapi kerana telah ditamatkan riwayat. Tak tahu lah sejauh mana kebenarannya kerana ia cerita dari mulut ke mulut ke mulut.

Dark zone juga kerana beberapa tahun dulu, kawan aku yang balik kerja melintasi jalan di depan kampung tersebut, bercerita bagai mana ada orang-orang dari sana sedia menunggu di tepi jalan, melambai-lambai sebaik dia melintas. Bukan lambaian mesra, tapi iklan yang mereka ada barang - syabu. Ini cerita yang benar, sebab aku sendiri dah bereksperimen lalu menyaksikan keputusan yang sama seperti cerita kawan tadi.

Tapi pun, sebagai manusia, masih ada bau-bau simpati daripada benak aku untuk mangsa perumahan atas air yang sudah jadi abu.

Kebakaran mungkin juga rahmat buat pasukan pemadam api. Maklumlah bukan selalu ada kebakaran di sini. Kemalangan jalan raya pun kurang. Jadi, tak mustahil skil mereka sudah kuning karat. Sudah lupa bagai mana untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Satu kebakaran hujung tahun lepas, cerita yang sampai ke telinga aku, bekalan air dalam tangki jentera pemadam api tak ada. Musibahnya, rumah mangsa jadi hitam abu.

Pengalaman kawan aku sendiri, dia menelefon kepada skuad pemadam api bila kebakaran belukar berhampiran tempatnya sudah kian marak. Tapi tak berapa lama dia meletak telefon, tetiba skuad pemadam api menelefon dia semula bertanya "betul ke ada kebakaran?". Kawan aku mengesahkan. Bila dia mula berkira-kira bilakah skuad pemadam api akan tiba, ada lagi satu panggilan, bertanya sekali lagi betulkah ada kebakaran..

2 comments:

ezzati said...

bole pecaya ke ini citerr..

pal7 said...

lain kali jgn main2 bila ada kebakaran..kan pihak bomba pon x peraya ade kebakaran atau x?..haha