Tuesday, June 30, 2009

CJJ - Cinta Jarak Jauh


Ita, kawan aku di sekolah rendah dulu, sekarang bekerja jadi nurse, juru rawat. Bukan di Malaysia, tapi di Riyadh, dan meninggalkan anaknya bersama suami di bumi 1Malaysia ini. Baru-baru ini, mak aku berjumpa mak Ita, lalu mak Ita menyampaikan cerita yang anak perempuannya dah tamat 4 tahun kontrak, tapi baru saja menyambung 3 tahun lagi.
Mak aku yang terkejut, macam baru tahu juru rawat tu bekerja di tanah Tok Arab bertanya, bilalah masa Ita berjumpa anak suami. Mak Ita membagi tau, time dia balik 2 kali setahun...

Aku yang mendengar cerita ni dari mak aku, salute dengan mereka sekeluarga. Dah tentulah ada kekuatan yang luar biasa menjadikan cinta jarak jauh mereka bertemu dua kali setahun berlangsung, dan akan berjalan untuk tiga tahun lagi, menjadi dan berkesan.



X, bukan nama sebenar, baru 3 atau 4 bulan di Tanjungaru. Dia hidup bujang disini sebab anak dan isterinya di Kuala Lumpur. Menariknya cinta X hanya selepas kahwin, sebab kahwinnya mereka di atur keluarga. Pekerjaan X yang hanya berdepan dengan mesin dan lelaki-lelaki berpakaian coverall yang akan membusuk menjelang separuh hari , menjadikan peluang tipis untuk bertemu perempuan, menjadikan dia menerima calon maknya.
Kini kisah cinta mereka masuk ke episod CJJ. Terima kasih kepada MAS Stimulus Package yang memudahkan X balik ke KL sebulan sekali untuk memastikan CJJ mereka terus berbuah.


N, bukan nama sebenar, pun memasuki kisah CJJ. Aku tak berapa tau sukatan cinta mereka, sebab baunya tak sampai ke hidung aku.
Baru-baru ini, ada masalah. Selalunya, masalah orang bercinta ni sekadar hal-hal remeh untuk nak bermanja-manja, walaupun nampak memualkan. Tapi isu antara mereka, menyebabkan X mengaku perasaannya tinggal 20%. Itu beberapa minggu lepas. Tak tahulah yang sekarang ni sudah meningkat, atau sudah turun bawah paras beku.
Mungkin mereka perlu kawin supaya CJJ mereka menjadi, sama seperti Ita dan X.

4 comments:

pal7 said...

X tu mcm kenal je sape..hehe

blokdrive said...

Hari ni hari pertama wife aku kat Kedah, aku kat KL. Memang aku respek sapa CJJ. Aku memang serius tak tahan.

si nakal andi said...

oh, aku respek juga dengan orang yang dapat bertahan dengan cinta jarak jauh ni

ramai betol orang sini yang dah berkahwin, beranak - tinggalkan bini
tinggal anak anak demi cari duit

memang kagum lah!

kalau aku
sure tergoda dengan godaan godaan!
hahaha

azman said...

pal, adakah tu maknanya ko da tau kt mana TgAru?

Banyakkan puasa, blok.

Andi, orang dah kawin sanggup meninggalkan anak bini. Tapi apsal yang belum kawin tak tahan sampai gaduh2? Sapa nak jawab?