Assalamualaikum. ..,
Kepada isteri2 yang mengalami masalah, di bawah ini nasihat saya. Ketahuilah, bahawa anda tidak berseorangan menghadapi masalah ini. Bukan suami tu jahat atau tak bagus, tapi dah jadi adat kita terutamanya orang melayu kerja2 rumah ni hanya perlu dibuat oleh orang perempuan, anak lelaki tak perlu masuk dapur, tak perlu tolong isteri.
Tapi sebenarnya, sekarang ni ramai juga suami mitahli, yang tak berat hati dan tak berat tulang menolong isteri. Para suami yang budiman kalau tak ada skill masuk ke dapur tolong2 lah tengokkan anak2. Kesianlah pada isteri, dah le penat mengandung 9 -10 bulan sakit bersalin lagi, jadi tolonglah jaga anak2 masa isteri kat dapur.
Kalau suami pergi masjid dan ambil anak kemudian tidur, alhamdulillah syukurlah. KENAPA?
Sebab suami tu tak pergi kelab malam, tak pergi karaoke, tak pergi main judi, tak lepak di kedai kopi sampai 2 pagi . Syukurlah dia mahu juga tolong ambil anak. Seorang kawan saya, pagi hantar anak ke tadika, kemudian pergi ofis, tengahari ambil anak darjah 5, kemudian hantar ke sekolah agama. Pukul 5.30 ptg, ambil anak bongsu di tadika. Ambil anak darjah satu kat sekolah sampai rumah 6.30 petang. Nak masak, nak tengok homework anak2, nak basuh baju, nak lipat kain sebab dia tak ada orang gaji.
Tak belikan baju?
Memang ramai suami yang macam tu, sebab dia fikir dah isteri aku ada gaji sendiri. Buat apa belikan baju kat dia, suami tak terfikir atau mungkin tak faham baju termasuk antara nafkah yang perlu disediakan kepada isteri dan anak2, tapi isteri pulak janganlah demand baju yang mahal-mahal jangan sampai menyusahkan suami pulak.
Untuk isteri2 yang hadapi masalah suami berat tulang ni, cubalah kenangkan cerita Siti Fatimah, Putri Rasullullah yang meminta ayahandanya memberikan seorang hamba untuknya, bagi membantu dia membuat kerja. Tapi Rasul berkata, "setiap kerja yang dibuat oleh seorang isteri ada pahalanya, setiap parut yang ada sebab dia membuat kerja rumah ada pahalanya." Okay lah tu..., Siti Fatimah mengisar tepung dengan tangannya sendiri tapi kita beli tepung yang dah siap, kalau yang banyak duit, beli kuih yang dah siap.
Anak masih kecil, suami dah pergi buat umrah sorang diri?
Beruntunglah isteri tersebut sebab dia menjaga anak semasa suami pergi kerumah Allah.
Tentu ada pahala untuk isteri yang menjaga anak dan menjaga rumahtangga dengan baik.
ada seorang kawan tu.., isteri masih dalam pantang 20 hari, suami dia ikut rombongan melancong ke Europe.
Ada seorang kawan lain pula isteri nak bersalin, terpaksa drive ke hospital sendiri, sebab suaminya outstation.
Ada seorang kawan lagi pulak dah sakit nak bersalin, suami boleh pergi hantar ex- girl friend pergi kerja.
Rasanya baik lagilah suami yang pergi buat umrah tu. Untuk wanita2 yang menghadapi masalah macam ni, cubalah kenangkan cerita Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang ditinggalkan bersama anaknya nabi Ismail di tengah padang pasir tanpa makanan dan tanpa air.
Syukurlah... , kalau kita ditinggalkan dalam keadaan ada letrik, ada air ada beras dan lauk. Tapi kalau tinggal dengan habuk saja... macam mana... suami ni nak kena samanlah.
Banyak lagi masalah dalam berumahtangga ini, kalau kita anggap sebagai masalah jadilah ia sebagai masalah. Kalau dianggap sebagai cabaran hidup, kita perlu kuat menghadapinya. Yang penting kita perlu ingat ramai lagi yang lebih malang daripada kita.
Cuma satu nasihat saya, jangan terlalu manjakan suami dan jangan terlalu berkeras, macam tu juga dengan suami, jangan terlalu manjakan isteri tapi jangan terlalu berkeras. KENAPA?... kita sambung di lain kali....
"Akal yang hidup selalu berfikir, jiwa yang hidup selalu berzikir, iman yang hidup selalu bertenang, insan yang hidup mesti berjuang.
Wassalam
Dr Fauziah
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
4 comments:
siapa dr fauziah ni?
aku pn tak tau, yg pasti bukan gfauzian ghous
cmana la nasib saya lepas kawen nanti..huhu..
mcm x terkejar jer rasa..
baiknya Dr, ini..
Post a Comment