Saturday, March 6, 2010

Hari Kanak-kanak

aku rasa aku tak bermimpi tadi bila aku dengar Aznil dan kawan-kawan di konti Era sebut hari ni Hari Kanak-kanak. Lagipun ada satu budak dorang bawak sama dalam rancangan carta Era.

tapi bila aku semak, hari Kanak-kanak bulan Jun. Walau pun lain negara sambut lain hari, takda satu pun yang sambut Hari Kanak-kanak pada 7 Jun.

atau tadi Aznil dan kawan-kawan sambut Hari Kanak-kanak peringkat EraFM?

Apa pun, kanak-kanak hari ini jauh berbeza dengan zaman aku jadi kanak-kanak.

Mereka terlalu jauh ke depan sampai budak Form 2 (Form 2 masih kanak-kanak ke?) pun dah pandai lari ikut tingkap pegi beromen dengan boifren.

Atau pun dunia mereka bosan sebab masa lapang hanya duduk tercongok depan skrin TV sambil main game.

Tapi aku kadang-kadang kesian juga dengan kanak-kanak sekarang. Anak kawan aku baru tadika, tak cukup dengan bersekolah 5 hari seminggu, hari sabtunya kena mengadap cikgu lagi bila bapaknya hantar ke kelas pandai Matematik.

2 comments:

pal7 said...

saya rasa seperti mahu bersekolah semula setelah apa yang saya lalui daalam kerjaya...huhu

azman said...

u r not alone