Saturday, April 25, 2009

ZONE

Kempen terbaru anti merokok?


Kerajaan nak menambah zon larangan merokok daripada 20 kawasan sedia ada.

Yang sepatutnya, kerajaan patut menubuhkan zon khas merokok, kerana sudah tentulah kegiatan yang tidak membawak manfaat tersebut patut disekat semampunya. Kalau tak mampu disekat penagihnya daripada terus bertapuk dengan rokok, setidaknya mereka perlu disekat daripada meracun orang lain, membuat sampah dan mengacau ketenteraman udara.

Tetapi hari ini merokok sudah jadi perkara lazim di kalangan kita. Trend paling baru adalah lagi ramai orang perempuan merokok. Barangkali mereka bosan hanya dikait dengan kanser payu dara dan kanser ovari jadi mereka meneroka peluang kanser paru-paru pula.

Budak-budak sekolah sekarang pun tak janggal dengan merokok. Sekarang mereka berlatih sedari sekolah rendah lagi. Kalau zaman aku sekolah dulu, terjumpa budak sekolah menengah merokok, itu pun menyorok-nyorok. Sekarang, budak semuda sekolah rendah dah kamcing dengan produk tembakau ni. Yang sekolah menengah dah upgred kepada syabu dan pil khayal.

Tahun lepas, aku dalam bas nak balik ke kampung. Maklumlah, kapal dari Tanjungaru ke rumah belum ada. Basnya beraircond, tapi aircond rosak. Tak pelik, sebab perkhidmatan bas ke kampung aku beberapa tahun terkini memang bermasalah. Mujurlah pintunya masih boleh dibiarkan terbuka sepanjang jalan untuk mengelakkan bertambah dosa aku menyumpah syarikat bas. Tetapi klimaks kepada masalah bawaan bas tersebut apabila ada pula seorang pakcik berusia kategori emas merokok sewaktu bas tu mula meninggalkan stesen. Maka sumpahan aku untuk bas tersebut didedikasikan juga kepada pakcik tersebut.

Cerita lain, di satu kedai makan di daerah Tanjungaru ni, aku sedang sarapan. Masuk seorang lelaki gendut. Aku kenal dia. Ada buka kedai makan berhampiran hospital. Kenal dan ingat bukan semata-mata sebab di Tanjungaru ni kedai makan tak banyak, tetapi kenal dan ingat sebab kedai makannya mahal. Kenal dan ingat aku semakin ditambah dengan rasa sakit hati sebab ketika dia masuk kedai makan tersebut dengan rokok di tangan. Dan ketika dia sedang mencedok makanan, sebelah tangan menjepit rokok betul-betul dihala kepada makanan. Sudah tentulah tanpa sedar. Malah kalaupun habuk rokok jatuh ke dalam mee dan nasi goreng yang dihidang, dia takkan tahu. Tetapi sebagai pengusaha kedai makan, kalaupun kesedaran siviknya sudah pun jatuh tahap papa, sepatutnya dia telah lama sedar betapa tidak eloknya tabiat merokok tersebut dibawa ketika menjengah makanan yang sedang dijual.


Mungkin juga sikap buruk macam ni dah pakej yang dibawak oleh tabiat merokok.

3 comments:

si nakal andi said...

biasalah tu
merokok kan kool (kononnya)
ofismate aku, rasanya dah tahap 80%isap rokok
aku yg x isap rokok ni plak rasa bersalah
macam kera sumbang - tak join majlis keramaian menghisap rokok tu

huhuhuhu

tapi nak buat camana
aku alergi rokok
bau saja, kepala pening
tak payah nak susah susah cari estacy

azman said...

aku suggest hany try cuban cigar...

sure nampak mcm bapak mafia

pal7 said...

ops..
merokok memang bahaya..tp masih xsedar diri lagi...

*sy merokok pd umur 14 thn..sekarang ade rasa sesal sbb nak berhenti tp xbule2 lagi..hati x kuat..