Saturday, October 31, 2009

1Malaysia


Dalam berita surat khabar harini, WKS menolak saranan sekolah satu aliran, ide lama yang dilontarkan semula oleh KKK baru-baru ini, atas dasar menyegerakan matlamat gagasan 1Malaysia.

Saya tidaklah terperanjat benar dengan penolakan tersebut. Akan tetapi, bau-bau terkejut tetap tercium kerana yang pertama menyanggah buah fikiran KKK itu (setidak-tidaknya yang pertama saya baca) adalah daripada komponen kerajaan Pusat. Ironinya, beliau sendiri adalah menteri yang bernaung dalam portfolio pendidikan.

Lalu, saya melayang-layangkan fikiran ke 24 jam sebelumnya, dan tak lama untuk menjumpai sebabnya.
MCA masih dalam terhoyong hayang kerana krisis dalaman. Walaupun beberapa hari lepas dua seteru sudah berdamai, tapi berita malam tadi menunjukkan Datuk Presiden melaser Datuk Timbalan yang diilantiknya sendiri.
Jelasnya, MCA masih lagi kusut masai umpama baru bangun tidur, lalu mereka perlu melakukan sesuatu agar bau busuk air liur basi mereka tak akan menyebabkan penyokong makin lari. Dan saya percaya, kenyataan WKS tersebut adalah salah satu jaminan yang parti bintang tersebut masih mampu memikul wadah bangsa.

Secara peribadi, saya percaya sekolah yang melonggokkan anak-anak multi ras berupaya mencambah dan menumbuhkan iltizam bawaan 1Malaysia. Meskipun sebenarnya, cabaran yang menunggu belum tentu akan menjadikan formulasinya berjalan lancar.
Tetapi kita harus bermula daripada sesuatu.

Sayangnya, baru pun ia diperingkat cadangan orang-orang yang tak berkepentingan secara langsung, ia sudah ditolak.

Mungkin ramai kita lebih percaya, pasukan Formula 1 dengan label 1Malaysia adalah instrumen yang jauh lebih berkesan daripada pendidikan seawal tahap anak-anak sekolah.
Mungkin dengan adanya pasukan tersebut, rakyat Malaysia akan berbondong-bondong turun ke Sepang, melupakan perbezaan antara mereka demi pasukan Formula 1 mereka, sekali gus menjayakan wawasan 1Malaysia?

Harap-harap pasukan tersebut akan bertahan cukup lama untuk membantu menjayakan matlamat kebangsaan..

4 comments:

pal7 said...

mmm..
tiket formula 1 sama mahal tak dengan yuran pendidikan anak2..

Murni Alfathunnisa said...

I tk berape fhm pasal F1 1Malaysia tu...erm...

miezan said...

saya tak berminat sgt dgn lumba ni
tapi boleh layan(1)sama maksud yg utama,jdi kita utamakan apa yang terpenting dari yang penting dan yg tak penting

Anonymous said...

自慰套,真愛密碼,
自慰套,自慰器,自慰套,情趣,充氣娃娃,
性感丁字褲,AV,按摩棒,電動按摩棒,情趣按摩棒,
角色扮演,角色扮演服,吊帶襪,丁字褲,飛機杯,

按摩棒,變頻跳蛋,跳蛋,無線跳蛋,G點,
潤滑液,SM,情趣內衣,內衣,性感內衣,情趣用品,情趣,