semalam aku mendengar petikan hadis, larangan berbuat zalim ke atas binatang.
hatta binatang yang nak disembelih dijadikan makanan, disyarat mengguna pisau yang tajam demi mengurangkan kesengsaraan binatang.
Seorang perempuan ahli ibadat dicampak ke api neraka kerana mengurung kucingnya, yang kemudian mati kelaparan.
serta merta aku rasa bersalah.
Minggu lepas aku dah berbuat yang sama; beberapa hari aku biarkan ia tekurung dalam perangkap yang aku tinggalkan tepi pagar hingga kemudian binatang tu mati, dan bangkainya dah aku buang hujung semak.
Tapi, binatang tu tikus yang menceroboh masuk bilik air aku dan dah menjadikan beberapa buku sabun mandi makan malamnya...
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
1 comment:
bercerita tentang tikus nie.. cikgu pun sama...
rasa nak marahpun ada.. kesian pun ada.
dalam seminggu dua nie rumah cikigu diserang tikus.. berkeliaran..
so cikgu pun tahan laa getah tikus.. nak guna racun kut2 mati dicelah2 rumah.. busuk pulak.
kelmarin kena 4 ekor..
kesian juga tengok..
nak bunuh.. tak tergamak..
biar gitu.. kesian..
last2 tikus2 tu mati bergelumang dengan getah.. kelaparan kot..
rasa bersalah sangat2.
semalam kena pulak seekor..
sedih tengok!!
Post a Comment