Jumaat lepas, masjid tempat aku mengumumkan sedekah rutin hari Jumaat akan dihulur kepada mangsa gempa bumi di Padang. Sebab memang aku hanya bawa RM1 dalam poket tiap kali Jumaat, maka RM1 itulah sumbangan aku. Tapi terima kasih kepada Tabung NSTP-Media Prima menjadikan aku boleh sedekah lagi menerusi sms.
Dalam berita malamnya, ada pula jualan amal nasi dagang di Pahang, kalau masih betul ingatan aku.
Orang Malaysia, memang suka menderma.
Agak-agak, warga Indon yang bejuta di Malaysia ni, ada ambik inisiatif menderma? Kalau pun setiap orang menderma sebanyak aku masuk ke dalam tabung di masjid aritu, ia sudah menjangkau juta-juta. Tapi tak tahulah berapa mereka derma, atau apakah mereka benar-benar ada melakukannya.
Tapi apakah dengan duit saja kita boleh membantu? Tak dinafi, duit senang disedekahkan. Bila-bila masa boleh buat. Takda perlu tenaga untuk melakukan derma wang ringgit. Unless nak buat monk chaeck sebesar meja makan nak tunjuk time muka kuar TV.
Tetapi pada hemat saya, orang Malaysia mampu untuk menderma lebih dari sekadar duit. Bagaimana dengan pakaian-pakaian yang terpakai tapi masih elok? Mangsa-mangsa musibah macam gempa bumi ada tinggal sehelai sepinggang tentu tak akan menolak seluar, baju-t, atau pagoda yang sampai kepada mereka, walaupun ia mungkin dah kuning-kuning sebab teperuk lama celah gerobok.
Cuma masalahnya, tak ada sapa pula yang meng uar-uar kan kutipan derma sedemikian.
Kenapa takda?
Bila nak ada?
Sapa nak adakan?

2 comments:
aku dermakan senyuman kat org ramai..xyah pakai sms pun xpe..hehe
betul..sy pun tertanya-tanya. takde ke mana agensi atau NGO yg boleh salurkan bantuan derma pakaian utk mangsa bencana ni..sayang pakaian terbuang camtu saja.
Post a Comment