Sunday, January 10, 2010

UNICEF


ada satu surat dalam peti untuk aku, dari UNICEF Malaysia yang berpejabat di Damansara.
Tujuannya meminta sumbangan demi membantu anak-anak kurang bernasib baik.
Ada cerita tentang Puteri, anak Kedah yang menghidap HIV positif disertakan, sebagai pengukuh.

Tapi ada satu fakta yang lebih menarik, aku baca dalam satu lagi brosur desertakan sama.
Ayatnya berbunyi "in Malaysia, some 115,000 school children have not mastered writing, reading and counting skills"

Serta merta selepas aku bada fakta tersebut, aku terbayangkan Malaysia ni macam sebuah negara di pedalaman Afrika. Sekolahnya berupa bangunan tak berdinding, atap daun kering, dan budak-budak berpakaian serba selekeh, hingus meleleh, comot, busuk, rambut kerinting-kerinting, kulit gelap...


Dari mana UNICEF dapat fakta ni? Sekolah mana yang diorang pergi? Atau mereka pergi ke sekolah Tadika tempat ibu bapa meninggalkan anak sementara mereka keluar bekerja??

Tapi kalau pun UNICEF benar, aku rasa mereka patut menulis kepada isteri PM, bukan aku. Selepas datin rambut kembang tu berjaya menubuhkan insitusi untuk murid pintar, tentu dia lebih ghairah untuk membantu yang kurang pintar, tak pintar atau jauh tak pintar, apatah lagi kalau mereka ada 115, 000!

1 comment:

Unknown said...

dia ingat ko PM kot bro...