Tuesday, July 28, 2009

manusia setan

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan diwaktu subuh. Entah bagaimana
awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun
sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..! "

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum
lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat
nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik
dengan kegiatannya, setan mulai terdiam..... .Kemudian ketika datang waktunya
maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah
sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya,
maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi,
dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai
sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru
tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".


"Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu
hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud
pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah
lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana
besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

Sunday, July 26, 2009

Hina



Al Islam keluaran bulan lepas melaporkan usaha penyiasatan wartawan mereka membongkarkan gadis melayu Islam menjadi Kristian dengan wartawan tersebut telah menyelinap masuk ke dalam acara mingguan gereja. Natijahnya, tindakan mereka telah menimbulkan reaksi tidak puas hati pihak berkaitan, dan tak mustahil akan ke mahkamah.

Aku ke perpustakaan baru-baru ini, dan Al Islam belum putus asa. Kali ini dia menyiarkan pengakuan seorang pemuda penuh yakin lagi pasti mengakui dia melihat gadis-gadis melayu bermini telekung ke gereja.

Reaksi aku kali ini bukanlah pada isunya, sebab orang Islam kononnya bertukar agama sudah jadi isu lama, meski pun tak ditangani sebaiknya lagi. Ia sebenarnya sudah jadi macam isu dadah, PTI, rempit, politik wang dan seribu satu macam penyakit masyarakat; yang meluas sebarannya tapi belum ditangani sebaiknya, dan menjadi isu sekali sekala dalam media dan mainan orang politik.

Sebaliknya, reaksi aku kali ini adalah aku sedar, yang Al Islam kini sudah hampir menyerupai Mastika. Baik dalam isu paparannya, malah kaedah pelaporannya. Tak mustahil sedikit masa lagi Al Islam akan mencontohi Mangga pula.

Orang yang terhina dengan penyiasatan wartawan Al Islam tersebut memang berhak untuk berasa sedemikian.

Tapi aku, dan kawan-kawan orang Islam lain dah lama juga terasa terhina dengan penghinaan yang tak putus-putus. Daripada jubin dan selipar, hingga kepada video di internet segala bentuk sudah kita tonton. Cuma belum ada wartawan bukan Islam masuk masjid untuk melakukan bentuk perlakuan serupa.

Dan penghinaan terhadap kita sasarannya berbagai peringkat. Yang di bawah ini adalah untuk anak-anak kita..


Wednesday, July 22, 2009

Kawan

Terima kasih pada komunikasi maya yang menghubungkan aku dengan kawan-kawan baru. Pengakuan ikhlas, kalau secara berdepan aku jadi pemalu macam kura-kura menyorok dalam cengkerang. Mujurlah dengan komunikasi maya aku dapat jadi chimpanzee yang aktif.

Ramai kawan yang aku kenal di YM sekadar kawan-kawan sembang sahaja. Kalau-kalau pun berekor-ekor dengan komunikasi handphone, ia taklah bertahan lama. Kecualilah 2, 3 yang bernasib baik.

Irwan aku kenal di YM juga. Kerja di makmal perubatan di PJ, dan lokasi aku diTanjungaru maka ada tajuk untuk diborak kosongkan. Kebetulan dia rasal sama negeri dengan aku, maka ia bersambung menerusi sms dan sesekali telefon.

Tapi sama macam kebanyakan kawan lain, ia tak lama. Dan jadi kelaziman aku, sebelum aku padam terus nombornya dari senarai, aku buat sms semakan. Kalaulah jawapannya "siapa ni?" maka aku anggap ia sebagai pengesahan nombor tersebut bolehlah dipadam. Tapi kalau jawapan menunjukkan tanda aku masih dikenali, aku simpan lagi sebelum semakan setersnya dibuat.

SMS semakan aku kepada Irwan tak berbalas melainkan esok paginya aku tengok ada reply sekitar jam 3 pagi bertanya semula "awak kawan iwan ke?". Aku tak balas, sebaliknya berteori sendiri mungkin nombornya sudah bertukar tangan kepada awek, atau adik sekurang-kurangnya.

Mujur aku masih teringat FS nya untuk aku semak.
Rupanya si Irwan telah lebih sebulan kembali ke Rahmatullah.
Kemalangan motosikal ketika baru keluar rumah ke tempat kerja menjadi pengakhir hayatnya yang pendek.

Dan ahad lalu genap dua tahun dia pergi.

Monday, July 20, 2009

Sempena Isra' Mikraj

PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul
Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk
aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti
Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi
SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau
ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami
dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang
sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya,
Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya
dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan
mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan
yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat
dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa
itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan
minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam
lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan
buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah
zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan
apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)
segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan
keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan
ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan
daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat
oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan
ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas
badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan
ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan
darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal
keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam
hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar
(menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke
belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya
hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;
dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti
kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu
beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka
itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api}
daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan
kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa
mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan
berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih
otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup
rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa
sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya
dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka
sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang
lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di
dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia
keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya
dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka
bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan
tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala
malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua
susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan
kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa
sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci
badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas
dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli
dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa
sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan
kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya
hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil
daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi
dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat
mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke
dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa
sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia
(mengungkit- ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki
mendengki.

Allahu A'lam

Friday, July 17, 2009

Tazkirah Jumaat

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Wednesday, July 15, 2009

Never Argue with a Woman

Never Argue with a Woman

One morning the husband returns after several hours of fishing and decides to take a nap. Although not familiar with the lake, his wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, and reads her book.

Along comes a Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says, 'Good morning, Ma'am. What are you doing?'

'Reading a book,' she replies, (thinking, 'Isn't that obvious?')

'You're in a Restricted Fishing Area,' he informs her.

'I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading'

'Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up.'

'For reading a book,' she replies.

'You're in a Restricted Fishing Area,' he informs her again..

'I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading'

'Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up.'

'If you do that, I'll have to charge you with Sexual assault,' says the woman.

'But I haven't even touched you,' says the game warden..

'That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment.'

'Have a nice day ma'am,' and he left.

MORAL: Never argue with a woman who reads... It's likely she can also think.

Friday, July 10, 2009

Budak Nazak

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,s orang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bkn la jahil sangat seperti yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"AllahTa' ala... Allah Ta'ala... " Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali& menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratulihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur ler ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee... " Tok imam pun terkedu & terpana...

Tazkirah Jumaat

Tiga perkara yang menggelapkan hati

1. Terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa

2. Terlalu sukakan puji-pujian

3. Cintakan dunia



al-Kuliyyah, 10 Julai 2009

Thursday, July 9, 2009

Kurang

Dulu perut saya sekembang ini....


BMI = 18.1

Blood Pressure : 110/60

- berat badan encik rendah sangat, tekanan darah pun rendah, kurang darah.

(cheh.... lama aku berangan-angan, ingatkan nurse nk bagi tau yang aku ni darah manis)

Monday, July 6, 2009

9/15


Hari ini genap sembilan tahun aku diTanjungaru.

Sembilan tahun bukan tempoh yang singkat. Kalau kahwin 9 tahun dulu, anak sekarang sekurang-kurangnya sudah masuk Tahun 2, kalau mak ayahnya subur.

Tapi sembilan tahun aku tak membawakan anak. Malah sembilan tahun yang lalu semacam tak membawa apa-apa menarik dalam liku usia aku diTanjungaru ini.

Macam mana aku boleh bertahan selama itu di sini? Ntah, no specific reason. Jawapan mudah, boring-boring pun, dah 9 tahun di sini. Mungkin ia satu indikator yang aku punya deria ke enam sudah kurang sensitif pada persekitaran.

Mujurlah, sembilan tahun diTanjungaru ini aku sambut dengan Grand Slam ke 15 RF, sekali gus menjadikan dia yang terbaik pernah lahir setakat ini.

Hujung Januari lalu dia menangis meratapi peluangnya sebaris Sampras diragut Nadal.
Ironinya enam bulan kemudian, dia bukan sahaja telah mengatasi Sampras, malah bulan lepas dia dah pun menyertai the Agassi dan 5 bintang yang lain.

The greatest of all

Terima kasih Federer kerana memberi aku sesuatu untuk dikenang sempena sembilan tahun diTanjungaru. Jom main tenis!

Friday, July 3, 2009

Jadi


Tony Hsieh, pada zaman kolejnya telah menjalankan perniagaan internet bersama rakannya. 2 tahun kemudian, dia menjual perniagaan tersebut USD265 juta.
Hari ini dia adalah CEO kepada kedai kasut online Zappo, dan memiliki kekayaan USD100 juta.

Menariknya, Hsieh tak ada pejabat mewah melengkapi gelaran CEOnya. Dia hanya bekerja daripada kubikel, sama macam staf lain. Dia hanya berbaju-T tanpa kolar, setidak2nya itu yang aku tengok ketika siaran di TV. Dan dia mendakwa, dia berkongsi sepasang suit dengan adiknya. Lagi, dia hanya menerima gaji USD36,000 setahun hasil kerjanya sebagai orang kuat Zappo.

Yang lagi menarik adalah, Hsieh kata, dia bekerja bukan untuk duit. Dia melakukannya hanya semata-mata kerana dia gembira melakukannya. Dia berfalsafah lagi, jika gembira dengan kerja, maka duit akan datang dengan sedirinya. Sebab dia telah membuktikannya, maka falsafah jutawan muda Uncle Sam ini ada benarnya.

Hsieh membuatkan aku bertanya pada diri sendiri, adakah aku gembira dengan kerja aku sekarang? Aku nak berkata TIDAK. Tapi biasalah nanti takut dikata orang tak bersyukur, tak ikhlas, takda motivasi, membazirkan masa, jawapan TIDAK tersebut sering aku lampirkan dengan macam-macam alasan untuk bagi ia nampak kurang berdosa. Macam ahli politik menjawab isu yang terkena batang hidung mereka.
Dan lagi, sebagai seorang yang masih berusaha gigih mengumpul kekayaan, kalau pun jawapan aku YA, ia tak akan membawak duit sebagai mana berlaku pada Hsieh.

Tahniah lah kepada mereka yang gembira dengan kerja mereka. Ada yang merungut-rungut terpaksa berpiknik panjang di ofis menyiapkan kerja dengan badan dan baju sudah berbau kambing. Tapi rungutan tersebut sebenarnya merupakan menifestasi kegembiraan mereka dengan kerja mereka.

Meski pun jawapan aku TIDAK, aku tak nampak jalan mencari pintu rezeki yang lain. Sebabnya mudah, aku berada dalam lingkungan yang sempit untuk nampak pintu2 tersebut. Untuk berlaku adil, tak menyalah orang lain semata-mata, ia juga kerana miskin ilmu untuk meneroka benda lain. Aku mungkin juga miskin keberanian aka motivasi untuk mencuba sesuatu baru.

Beruntunglah orang lain yang dapat membina kejayaan lain daripada yang tercatat dalam sijil kelayakannya. Chef Wan menjadi chef walaupun dia menuntut ilmu perakaunan. Azwan Ali (sori, otak aku tak cukup pantas memikir contoh lain) menjadi pelopor mulut puaka di kaca TV meskipun layak berpuaka di kamar mahkamah.

Kalau aku nak menukar haluan macam Chef Wan dan AA, agak-agak aku nak jadi apa?

Tazkirah Jumaat


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.