Tony Hsieh, pada zaman kolejnya telah menjalankan perniagaan internet bersama rakannya. 2 tahun kemudian, dia menjual perniagaan tersebut USD265 juta.
Hari ini dia adalah CEO kepada kedai kasut online Zappo, dan memiliki kekayaan USD100 juta.
Menariknya, Hsieh tak ada pejabat mewah melengkapi gelaran CEOnya. Dia hanya bekerja daripada kubikel, sama macam staf lain. Dia hanya berbaju-T tanpa kolar, setidak2nya itu yang aku tengok ketika siaran di TV. Dan dia mendakwa, dia berkongsi sepasang suit dengan adiknya. Lagi, dia hanya menerima gaji USD36,000 setahun hasil kerjanya sebagai orang kuat Zappo.
Yang lagi menarik adalah, Hsieh kata, dia bekerja bukan untuk duit. Dia melakukannya hanya semata-mata kerana dia gembira melakukannya. Dia berfalsafah lagi, jika gembira dengan kerja, maka duit akan datang dengan sedirinya. Sebab dia telah membuktikannya, maka falsafah jutawan muda Uncle Sam ini ada benarnya.
Hsieh membuatkan aku bertanya pada diri sendiri, adakah aku gembira dengan kerja aku sekarang? Aku nak berkata TIDAK. Tapi biasalah nanti takut dikata orang tak bersyukur, tak ikhlas, takda motivasi, membazirkan masa, jawapan TIDAK tersebut sering aku lampirkan dengan macam-macam alasan untuk bagi ia nampak kurang berdosa. Macam ahli politik menjawab isu yang terkena batang hidung mereka.
Dan lagi, sebagai seorang yang masih berusaha gigih mengumpul kekayaan, kalau pun jawapan aku YA, ia tak akan membawak duit sebagai mana berlaku pada Hsieh.
Tahniah lah kepada mereka yang gembira dengan kerja mereka. Ada yang merungut-rungut terpaksa berpiknik panjang di ofis menyiapkan kerja dengan badan dan baju sudah berbau kambing. Tapi rungutan tersebut sebenarnya merupakan menifestasi kegembiraan mereka dengan kerja mereka.
Meski pun jawapan aku TIDAK, aku tak nampak jalan mencari pintu rezeki yang lain. Sebabnya mudah, aku berada dalam lingkungan yang sempit untuk nampak pintu2 tersebut. Untuk berlaku adil, tak menyalah orang lain semata-mata, ia juga kerana miskin ilmu untuk meneroka benda lain. Aku mungkin juga miskin keberanian aka motivasi untuk mencuba sesuatu baru.
Beruntunglah orang lain yang dapat membina kejayaan lain daripada yang tercatat dalam sijil kelayakannya. Chef Wan menjadi chef walaupun dia menuntut ilmu perakaunan. Azwan Ali (sori, otak aku tak cukup pantas memikir contoh lain) menjadi pelopor mulut puaka di kaca TV meskipun layak berpuaka di kamar mahkamah.
Kalau aku nak menukar haluan macam Chef Wan dan AA, agak-agak aku nak jadi apa?

3 comments:
Tepuk dada tanya selera ... Aku? aku hepi ngan kejo aku skang ... Eiii, duit akan masuk eh!!! Amin!
gaji tak cukup tu yang biasa rasa tak seronok nak kerja
pelik kan bidang kerja ni?
kerja aku penuh dengan maki hamun, politik ofis, kena tekan untuk kerja sampai takde masa nak berpacaran, rambut pun sudah gugur, takde aktiviti sosial, balik balik tengok mengadap muka yang sama, kena tikam dengan rakan sekerja dan bla bla bla
ironinya
aku masih sukakan kerja aku - iya, dunia ini gila!
Post a Comment