Monday, July 6, 2009

9/15


Hari ini genap sembilan tahun aku diTanjungaru.

Sembilan tahun bukan tempoh yang singkat. Kalau kahwin 9 tahun dulu, anak sekarang sekurang-kurangnya sudah masuk Tahun 2, kalau mak ayahnya subur.

Tapi sembilan tahun aku tak membawakan anak. Malah sembilan tahun yang lalu semacam tak membawa apa-apa menarik dalam liku usia aku diTanjungaru ini.

Macam mana aku boleh bertahan selama itu di sini? Ntah, no specific reason. Jawapan mudah, boring-boring pun, dah 9 tahun di sini. Mungkin ia satu indikator yang aku punya deria ke enam sudah kurang sensitif pada persekitaran.

Mujurlah, sembilan tahun diTanjungaru ini aku sambut dengan Grand Slam ke 15 RF, sekali gus menjadikan dia yang terbaik pernah lahir setakat ini.

Hujung Januari lalu dia menangis meratapi peluangnya sebaris Sampras diragut Nadal.
Ironinya enam bulan kemudian, dia bukan sahaja telah mengatasi Sampras, malah bulan lepas dia dah pun menyertai the Agassi dan 5 bintang yang lain.

The greatest of all

Terima kasih Federer kerana memberi aku sesuatu untuk dikenang sempena sembilan tahun diTanjungaru. Jom main tenis!

3 comments:

si nakal andi said...

oi
apa kena mengena tanjung aru dengan federer hah?

anti climax betollah dia ni..

azman said...

federer pernah datang ke Malaysia, Kl to be accurate. KL plak ibu negara di mana tanjungaru terletak, dan beberapa tanak kawah nasik perjalanan antaranya...

si nakal andi said...

tapi aku sedih

sebab andy roddick kalah

huwaaa