Wednesday, July 22, 2009

Kawan

Terima kasih pada komunikasi maya yang menghubungkan aku dengan kawan-kawan baru. Pengakuan ikhlas, kalau secara berdepan aku jadi pemalu macam kura-kura menyorok dalam cengkerang. Mujurlah dengan komunikasi maya aku dapat jadi chimpanzee yang aktif.

Ramai kawan yang aku kenal di YM sekadar kawan-kawan sembang sahaja. Kalau-kalau pun berekor-ekor dengan komunikasi handphone, ia taklah bertahan lama. Kecualilah 2, 3 yang bernasib baik.

Irwan aku kenal di YM juga. Kerja di makmal perubatan di PJ, dan lokasi aku diTanjungaru maka ada tajuk untuk diborak kosongkan. Kebetulan dia rasal sama negeri dengan aku, maka ia bersambung menerusi sms dan sesekali telefon.

Tapi sama macam kebanyakan kawan lain, ia tak lama. Dan jadi kelaziman aku, sebelum aku padam terus nombornya dari senarai, aku buat sms semakan. Kalaulah jawapannya "siapa ni?" maka aku anggap ia sebagai pengesahan nombor tersebut bolehlah dipadam. Tapi kalau jawapan menunjukkan tanda aku masih dikenali, aku simpan lagi sebelum semakan setersnya dibuat.

SMS semakan aku kepada Irwan tak berbalas melainkan esok paginya aku tengok ada reply sekitar jam 3 pagi bertanya semula "awak kawan iwan ke?". Aku tak balas, sebaliknya berteori sendiri mungkin nombornya sudah bertukar tangan kepada awek, atau adik sekurang-kurangnya.

Mujur aku masih teringat FS nya untuk aku semak.
Rupanya si Irwan telah lebih sebulan kembali ke Rahmatullah.
Kemalangan motosikal ketika baru keluar rumah ke tempat kerja menjadi pengakhir hayatnya yang pendek.

Dan ahad lalu genap dua tahun dia pergi.

2 comments:

si nakal andi said...

tragis nya...

alfatihah..

tiba tiba aku terasa nak pi solat jumaat awal sikit.

pal7 said...

alfatihah..