Sunday, November 29, 2009

Saya tak puas hati...

Pelbagai versi aduan dari fail mahkamah syariah……….

ADUAN : Saya tak puas hati dengan suami saya

Sepanjang 6 bulan yang lepas saya menerima banyak aduan dari kaum wanita yang tak puas hati, tak puas nafsu, sakit hati, pedih ulu hati, sakit perut, nak muntah, meloya, bosan, meluat dengan lelaki yang hidup disamping mereka. Saya cuma boleh turunkan disini 40 kes sahaja. Yang lain tu biarlah saya simpan dulu untuk hari lain.



1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa~pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda...sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin.Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Friday, November 27, 2009

Ribbon

A handsome, middle-aged man walked quietly into the cafe and sat down.
Before he ordered, he couldn't help but notice a group of younger men at the table next to him. It was obvious they were making fun of something about him, and it wasn't until he remembered he was wearing a small pink ribbon on the lapel of his suit that he became aware of what the joke was all about.

The man brushed off the reaction as ignorance, but the smirks began to get to him.
He looked one of the rude men square in the eye, placed his hand beneath the ribbon and asked, quizzically, This?"

With that the men all began to laugh out loud.

The man he addressed said, as he fought back laughter,
"Hey, sorry man, but we were
just commenting on how pretty your pink ribbon looks against your blue jacket!"

The middle aged man calmly motioned for the joker to come over to his table and invited him to sit down The guy obliged, not really sure why. In a soft voice, the middle aged man said,
"I wear this ribbon to bring awareness about breast cancer. I wear it in my mother's honour."
"Oh, sorry dude. She died of breast cancer?"

"No, she didn't. She's alive and well. But her breasts nourished me as an infant and were a soft resting place for my head when I was scared or lonely as a little boy. I'm very grateful for my mother's
breasts and her health."

"Umm," the stranger replied, "Yeah."

"And I wear this ribbon to honour my wife", the middle aged man went on.

"And she's okay, too?" the other guy asked.
"Oh, yes. She's fine. Her breasts have been a great source of loving pleasure for both of us and with them she nurtured and nourished our beautiful daughter 2 years ago. I am grateful for my wife's breasts, and for her health."
"Uh huh. And I guess you wear it to honour your daughter, also?"
"It's too late to honour my daughter by wearing it now.

My daughter died of breast cancer one month ago. She thought she was too young to have breast cancer, so when she accidentally noticed a small lump, she ignored it.
She thought that since it wasn't painful, it must not be anything to worry about."
Shaken and ashamed, the now sober stranger said, "Oh, man, I'm so sorry mister."
"So, in my daughter's memory, too, I proudly wear this little ribbon, which allows me the opportunity to enlighten others. Now, go home and talk to your wife and your daughters, your mother and your friends. And here," the middle-aged man reached in his pocket and handed the other man a little pink ribbon.

The guy looked at it, slowly raised his head and asked, "Can ya help me put it on?"

This is breast cancer awareness month. Practice regular breast awareness / self-exam and encourage those women you love to do the same.

Thursday, November 19, 2009

Memutih yang hitam


Aku nak tergelak bila mendengar berita radio sekitar jam 5 tadi tentang pasukan memutihkan warga kulit hitam di Malaysia ni. Aku tak berapa jelas nama pasukan tersebut tapi sempatlah mendengar ulasan daripada aktivis masyarakat Lee lam Thye.

Mentang-mentang mereka hitam berkilat, maka kita tubuhkan pasukan pemutih. Mungkin Fair and Lovely boleh jadi penaja.

Belek punya belek, dalam surat khabar harini, Datuk Menteri memberi kita harapan bila kementeriannya akan berkolaborasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melaksanakan misi pembasuhan ni.

Tapi tak lama untuk aku rasa curiga, sebab kalau hal-hal pendatang ni, kita dah lama fail. Beribu pendatang yang dihantar balik, beratus ribu yang masuk.

Orang kulit hitam masuk Malaysia kononnya untuk belajar di IPT yang berlambak-lambak di 1Malaysia ni. Biasalah, bukankah kita pernah bercita nak menjadi pusat pendidikan tinggi termasyur di rantau ini?

Bila ada buat lumba-lumba, kita berhajat nak jadi pusat sukan permotoran.
Bila ada konsert empat lima hari, kita teringin nak jadi pusat industri muzik.
Bila ada buat fesyen show, kita kemaruk nak jadi hub fesyen-fesyen.
Bila ada pameran sejarah Islam, kita declare kita pusat rujukan.

Dan orang-orang negro yang melimpah ruah di negara 1Malaysia ni adalah antara natijah kegilaan negara kita nak menjadi pusat segala pusat. Yang buat hal kebanyakannya masuk sebagai pelajar tapi kemudian dah jadi macam penduduk tetap negara ni.

Yang paling letih adalah memikirkan tak bolehkah pihak berkuasa berbuat sesuatu?
Bukan susah nak kenal, lainlah yang berkuasa tu mengejar mereka masuk ke dalam gelap malam.
Atau pihak berkuasa Malaysia ni nak ada operasi besar-besaran dulu baru boleh bertindak? Kalau operasi kecil-kecil, semua tak mahu?

Tuesday, November 10, 2009

Bola, Stadium dan Kelantan


Ikut kata FAM 175k,
tapi KBS kata, 214k.
Normallah tu, anggaran KBS tu dah campur2 dgn politik, tu yg lagi mahal.

Dua dua angka tu adalah anggaran kerugian Stadium Nasional Bukit Jalil hasil kreasi penonton Kelantan meraikan kenaibjuaraan mereka Sabtu lepas.

Berapa pun nilainya, saya sangat percaya mereka perlu dihukum.

Bukan sekali. Pertengahan tahun, mereka dihukum main di SNBJ gara-gara mengamuk di kampung sendiri. Mujur jugalah FAM tarik balik keputusan tu. Kalau tak, saya rasa bumbung stadium runtuh kali kedua dah lama berlaku lagi.

Jadi atas pertimbangan itulah mereka perlu disabit kesalahan dan dimalukan dengan hukuman. Mereka tak belajar daripada kesilapan. Mereka tak meneladani hukuman lepas.

Biarlah apa alasan pun. Sekuriti tak cukup lalu orang boleh bawak mercun ke dalam stadium? Penonton terlalu taksub untuk menang lalu tak boleh terima kekalahan?

Apa-apa pun, itu semua alasan yang lembek untuk membuat mereka jadi macam kingkong menyebabkan kerugian ratus ribu.

Disebalik tu, saya sebenarnya berterima kasih juga dengan aksi baling botol ke arah pemain, letup-letup sana sini lalu berasap tebal. Bakar bakar.
Sebabnya perlawanan malam tu tak menarik langsung. Untuk berlaku adil, saya taklah jangkakan perlawanan setaraf di Stamford Bridge Ahad lepas. Tapi untuk sebuah liga nasional, ia patut lebih baik setaraf dengan usia pertandingan tersebut. Mujurlah ada persembahan penonton Kelantan untuk elak tangan menekan remote menukar saluran lain.

Bola sepak Malaysia sebenarnya, taraf koman. Yang menjadikan ia masih dibantu mesin talian hayat sebab ia sukan paling popular dunia. Bila popular, of course ramai semut datang nak tumpang glamer. Jadi ia nampak bernyawa.

Tapi, yang taraf dunianya setakat ni, setidak-tidaknya di SNBJ Sabtu lepas hanyalah aksi merusuh rakyat jelata Tok Guru Nik Aziz. Yang lain-lain, rata-rata masih taraf gua.

Monday, November 9, 2009

Tandas


Ada satu tandas awam di bandar tanjungaru, hujung minggu lepas aku terpandang ke arah dalamnya dari jauh, tenampak satu bangku panjang, sama macam bangku di taman tempat kita duduk-duduk.

Serta merta aku teringat RTM1 yang dulu gigih menayangkan tandas-tandas kategori cantik di negara 1Malaysia ni. Sekarang tak ada lagi kot. Atau aku yang terlepas sebab dah lama tak tengok berita RTM.

Tapi menengokkan saiz tandas di bandar tu, taklah besar mana pun. Jadi aku agak terkesima dengan ide meletak bangku dalam tandas. Siapa nak duduk di sana? Kalau pun ada orang nak menunggu giliran, aku tak fikir duduk di bangku dalam tandas kecil tersebut adalah langkah bijak, jauh sekali sihat.


Bila dikenang-kenang semula tandas awam yang pernah disiar di RTM dulu, aku rasa kita sudah meleret-leret dari ide dan konsep sebenar sebuah tandas. Buat apalah nak melebih-lebih untuk sebuah bilik kecil tempat melambak keluarkan muatan usus dan pundi kencing? Yang pentingnya, bersih. Meletak bangku dalam tandas dan kemudian siap dengan bunga-bunga plastik gantung-gantung tak akan menjadikan ia lebih tinggi taraf daripada sebuah dumping site.

zaman aku sekolah dulu, ketua warden aku selalu membebel pasal menjaga kebersihan tandas. Berulang kali dia menyebut "di US, orang panggil tandas ni rest room tau!". Tu kempen dia menggalakkan kami membersih tandas. Maklumlah dia, grad dari US dan dalam beberapa perkara dia memang pro barat. Infact, pernah dulu kami berpusu-pusu nak beli nasi lemak dia jual di rumahnya sebab nak tengok betul ka isterinya pakai seluar pendek di rumah..

Berbalik pada tandas kami, taklah kotor pun terutama hujung minggu waktu dia meronda, sebab memang tiap hujung minggu ada gotong royong satu asrama. Dan walaupun tandas kami dah bersih, tak pula ada kami ada ilham nak berehat dalam tandas tersebut. Maklumlah, yang ada sinki, port basuh kain baju, selain bilik kecik mandi dan melepas. Kat mana nak berehat?

Wednesday, November 4, 2009

Ayam, angsa dan pencuri


Hujung minggu lepas, mak aku call dari kampung. Sempat dia becerita, 2 hari sebelumnya, 7.30 pagi dia membuka pintu reban ayam, yang dia jumpa hanya anak-anak ayam menciap-ciap kehilangan ibu. Dan rupanya, anak ayam tu bukan setakat yatim sebab kehilangan ibu, malah habis semua pakcik, makcik, atuk nenek nya pun lesap dari reban. Rupanya kena bajak oleh pencuri.

Cerita-ceriti sana-sini, dalam jeda masa yang lebih kurang sama, mak aku bercerita lagi, itik angsa jiran sekampung pun disapu oleh pencuri. Dalam kepala aku berteori, sure pencuri tu banyak tengak saluran 556, kalau tidak masakan dia dapat membawak lari itik angsa yang meriah mulut dengan tanpa disedari tuan punya.

Kisah pencuri ini dah menjadikan nenek aku yang tinggal seorang di kampung menangis takut dan risau. Risau nya menjadi-jadi sebab dah ada jiran sekariah sana, di siang-siang buta, rumahnya diterjah oleh pencuri. Kalo Nas Ahmad yang terjah tak apa jugak, ada harapan keluar Melodi, tapi pencuri yang lapar sangat-sangat hinggakan apa saja yang termampu dicuri dibedalnya.

Dan itulah yang menjadikan nenek aku risau amat. Dia, pada dasarnya, tak ada potensi pun untuk disamun. Arwah atuk aku dulu bukanlah jutawan banyak harta emas intan berlian. Walau pun arwah lama menjadi ketua kampung, sekali gus Ketua Cawangan semasa tempoh itu, zaman itu belum lagi zaman politik wang. Jadi tak ada harta yang terkumpul dalam almari, bawah katil atau atas loteng.

Tapi sebab pencuri yang beroperasi di sana nampaknya sungguh opportunis, segala apa yang berpotensi untuk menukar duit, disapunya, maka nenek aku ada sebab munasabah untuk menangis-nangis ketakutan. Maklumlah dia dah pun 80an. Mujurlah ada jiran yang sanggup meminjamkan bibik untuk menemankan tidur malamnya.

Aku tak dapat nak berspekulasi siapa pencurinya, sebab di kampung aku tu dah macam-macam orang yang bermastautin, termasuklah warga antarabangsa. Majoritinya memang aku tak kenal siapa, atau nak kaitkan dia anak si polan-polan mana. Aku pun dah lama hairan, kenapa lah makhluk antarabangsa ni tinggal di kampung aku, sedangkan takada pusat kegiatan ekonomi berhampiran yang sinonim dengan mereka.
Atau, mungkin sebab di kampung aku tu memang bosan, tak ada entertainmen, maka mereka main pencuri-pencuri?



Tuesday, November 3, 2009

6 PRINCIPLES OF LIFE


• No point using your limited life to chase unlimited money.

• No point earning so much money you cannot live to spend it.

• Money is not yours until you spend it.

• When you are young, you use your health to chase your wealth; when you are old, you use your wealth to buy back your health. Difference is that it would be too late.

• How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.

• No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with.