Wednesday, November 4, 2009

Ayam, angsa dan pencuri


Hujung minggu lepas, mak aku call dari kampung. Sempat dia becerita, 2 hari sebelumnya, 7.30 pagi dia membuka pintu reban ayam, yang dia jumpa hanya anak-anak ayam menciap-ciap kehilangan ibu. Dan rupanya, anak ayam tu bukan setakat yatim sebab kehilangan ibu, malah habis semua pakcik, makcik, atuk nenek nya pun lesap dari reban. Rupanya kena bajak oleh pencuri.

Cerita-ceriti sana-sini, dalam jeda masa yang lebih kurang sama, mak aku bercerita lagi, itik angsa jiran sekampung pun disapu oleh pencuri. Dalam kepala aku berteori, sure pencuri tu banyak tengak saluran 556, kalau tidak masakan dia dapat membawak lari itik angsa yang meriah mulut dengan tanpa disedari tuan punya.

Kisah pencuri ini dah menjadikan nenek aku yang tinggal seorang di kampung menangis takut dan risau. Risau nya menjadi-jadi sebab dah ada jiran sekariah sana, di siang-siang buta, rumahnya diterjah oleh pencuri. Kalo Nas Ahmad yang terjah tak apa jugak, ada harapan keluar Melodi, tapi pencuri yang lapar sangat-sangat hinggakan apa saja yang termampu dicuri dibedalnya.

Dan itulah yang menjadikan nenek aku risau amat. Dia, pada dasarnya, tak ada potensi pun untuk disamun. Arwah atuk aku dulu bukanlah jutawan banyak harta emas intan berlian. Walau pun arwah lama menjadi ketua kampung, sekali gus Ketua Cawangan semasa tempoh itu, zaman itu belum lagi zaman politik wang. Jadi tak ada harta yang terkumpul dalam almari, bawah katil atau atas loteng.

Tapi sebab pencuri yang beroperasi di sana nampaknya sungguh opportunis, segala apa yang berpotensi untuk menukar duit, disapunya, maka nenek aku ada sebab munasabah untuk menangis-nangis ketakutan. Maklumlah dia dah pun 80an. Mujurlah ada jiran yang sanggup meminjamkan bibik untuk menemankan tidur malamnya.

Aku tak dapat nak berspekulasi siapa pencurinya, sebab di kampung aku tu dah macam-macam orang yang bermastautin, termasuklah warga antarabangsa. Majoritinya memang aku tak kenal siapa, atau nak kaitkan dia anak si polan-polan mana. Aku pun dah lama hairan, kenapa lah makhluk antarabangsa ni tinggal di kampung aku, sedangkan takada pusat kegiatan ekonomi berhampiran yang sinonim dengan mereka.
Atau, mungkin sebab di kampung aku tu memang bosan, tak ada entertainmen, maka mereka main pencuri-pencuri?



4 comments:

Murni Alfathunnisa said...

pencuri ayam itik kecil2 an ni kalau kat utara di panggil 'kawaq'..:-)

hurm, warga asing tu berkemungkinan la suspek nyer sbb diorg ni curi binatang2 tu utk buat lawak..bkn tuduhan mmg happens tau kat kampung sy..

Murni Alfathunnisa said...

oops...buat lauk.typo error laks...

si nakal andi said...

azman
aku rasa sure keje penagih tu
kekadang penagih boleh jadi sangat bodoh
pernah pecahkan cermin kereta aku untuk curi duit syiling aja
radio tak pulak kebas
memang tolol..

neway
pasang la alarm kat umah

MOMMY CGG said...

WARGA ANTARABANGSA MMG MENAKOTKAN!