Tuesday, November 10, 2009

Bola, Stadium dan Kelantan


Ikut kata FAM 175k,
tapi KBS kata, 214k.
Normallah tu, anggaran KBS tu dah campur2 dgn politik, tu yg lagi mahal.

Dua dua angka tu adalah anggaran kerugian Stadium Nasional Bukit Jalil hasil kreasi penonton Kelantan meraikan kenaibjuaraan mereka Sabtu lepas.

Berapa pun nilainya, saya sangat percaya mereka perlu dihukum.

Bukan sekali. Pertengahan tahun, mereka dihukum main di SNBJ gara-gara mengamuk di kampung sendiri. Mujur jugalah FAM tarik balik keputusan tu. Kalau tak, saya rasa bumbung stadium runtuh kali kedua dah lama berlaku lagi.

Jadi atas pertimbangan itulah mereka perlu disabit kesalahan dan dimalukan dengan hukuman. Mereka tak belajar daripada kesilapan. Mereka tak meneladani hukuman lepas.

Biarlah apa alasan pun. Sekuriti tak cukup lalu orang boleh bawak mercun ke dalam stadium? Penonton terlalu taksub untuk menang lalu tak boleh terima kekalahan?

Apa-apa pun, itu semua alasan yang lembek untuk membuat mereka jadi macam kingkong menyebabkan kerugian ratus ribu.

Disebalik tu, saya sebenarnya berterima kasih juga dengan aksi baling botol ke arah pemain, letup-letup sana sini lalu berasap tebal. Bakar bakar.
Sebabnya perlawanan malam tu tak menarik langsung. Untuk berlaku adil, saya taklah jangkakan perlawanan setaraf di Stamford Bridge Ahad lepas. Tapi untuk sebuah liga nasional, ia patut lebih baik setaraf dengan usia pertandingan tersebut. Mujurlah ada persembahan penonton Kelantan untuk elak tangan menekan remote menukar saluran lain.

Bola sepak Malaysia sebenarnya, taraf koman. Yang menjadikan ia masih dibantu mesin talian hayat sebab ia sukan paling popular dunia. Bila popular, of course ramai semut datang nak tumpang glamer. Jadi ia nampak bernyawa.

Tapi, yang taraf dunianya setakat ni, setidak-tidaknya di SNBJ Sabtu lepas hanyalah aksi merusuh rakyat jelata Tok Guru Nik Aziz. Yang lain-lain, rata-rata masih taraf gua.

2 comments:

aL-gOjO said...

orang johor kata 'jakun'
mungkin istilah itu sesuai dengan mereka

Cetusan said...

apa kata, siapa yang ambil kontrak bina semula itu??untung yer