Monday, November 9, 2009

Tandas


Ada satu tandas awam di bandar tanjungaru, hujung minggu lepas aku terpandang ke arah dalamnya dari jauh, tenampak satu bangku panjang, sama macam bangku di taman tempat kita duduk-duduk.

Serta merta aku teringat RTM1 yang dulu gigih menayangkan tandas-tandas kategori cantik di negara 1Malaysia ni. Sekarang tak ada lagi kot. Atau aku yang terlepas sebab dah lama tak tengok berita RTM.

Tapi menengokkan saiz tandas di bandar tu, taklah besar mana pun. Jadi aku agak terkesima dengan ide meletak bangku dalam tandas. Siapa nak duduk di sana? Kalau pun ada orang nak menunggu giliran, aku tak fikir duduk di bangku dalam tandas kecil tersebut adalah langkah bijak, jauh sekali sihat.


Bila dikenang-kenang semula tandas awam yang pernah disiar di RTM dulu, aku rasa kita sudah meleret-leret dari ide dan konsep sebenar sebuah tandas. Buat apalah nak melebih-lebih untuk sebuah bilik kecil tempat melambak keluarkan muatan usus dan pundi kencing? Yang pentingnya, bersih. Meletak bangku dalam tandas dan kemudian siap dengan bunga-bunga plastik gantung-gantung tak akan menjadikan ia lebih tinggi taraf daripada sebuah dumping site.

zaman aku sekolah dulu, ketua warden aku selalu membebel pasal menjaga kebersihan tandas. Berulang kali dia menyebut "di US, orang panggil tandas ni rest room tau!". Tu kempen dia menggalakkan kami membersih tandas. Maklumlah dia, grad dari US dan dalam beberapa perkara dia memang pro barat. Infact, pernah dulu kami berpusu-pusu nak beli nasi lemak dia jual di rumahnya sebab nak tengok betul ka isterinya pakai seluar pendek di rumah..

Berbalik pada tandas kami, taklah kotor pun terutama hujung minggu waktu dia meronda, sebab memang tiap hujung minggu ada gotong royong satu asrama. Dan walaupun tandas kami dah bersih, tak pula ada kami ada ilham nak berehat dalam tandas tersebut. Maklumlah, yang ada sinki, port basuh kain baju, selain bilik kecik mandi dan melepas. Kat mana nak berehat?

5 comments:

ezzati said...

kt melb..tandas siap byk krusi lg n bersihnyee..smpai rasa dok lama2 kt ctu pn xpe... :)

lavidalabelle said...

aku paling tak faham kenapa nak letak bunga dalam tandas.

tapi aku mahu bathtub dalam bilik mandi. haven xD


p/s: lama tak tonton rtm. baik baca majalah warna warni meriah. rtm so dull

Unknown said...

hahahha...masa blaja dlu memang camtu...kena kejar ngan warden suh cuci jamban...

tapi kebersihan tandas penting utk kita selesa untuk berhajat...

azman said...

melb tu kt mana ezzati?

belle, kalo bunga idup letak dlm tandas, boleh hidup ka?

o, kalo da letak bunga lam tandas, bersih jadi semak...

pal7 said...

azman..
zaman sekolah dulu cikgu kata tandas ni bilik termenung..

*kalo ade masalah ape ke..pegi la termenung kat bilik termenung cari ilham..