Saturday, August 29, 2009

hiburamadhan

Thursday, August 27, 2009

real ramadhan

semalam aku jalan-jalan melintas depan satu hotel.

Pada pintu cermin depan hotel, ada tampal satu notis cetakan komputer, bertulis

"DILARANG MEMBAWA MASUK PELACUR DAN MINUMAN KERAS KE DALAM HOTEL INI"

Ini baru real ramadhan!!!

Monday, August 24, 2009

Bazaaarr

Tak tahulah sebab krisis ekonomi, masalah bekalan gula atau susah dapat bahan mentah, rata-rata harga makanan bazaramadhan ditanjungaru ni naik banding dengan tahun lepas.

Nasik ayam tahun lepas boleh dah dapat dengan harga RM3.50. Dua hari Ramadhan 1430H aku survey, paling murah RM3.80.
Semalam aku beli bubur kacang, rupa-rupanya harga RM1.50. Tahun lepas boleh dapat 50 sen lebih murah. Dah tu, semua gerai macam dah pakat-pakat letak harga sama. Mujurlah bubur tu sedap dan cukup manis, tambah sedap bila dimakan sejuk ketika Chelsea sedang mendahului Fulham.
Semalam jugak aku beli air sirap bandung. Yang Bandung hanya warnanya saja, rasanya ntah dah jadi Makasar atau Cirebon atau Irian jaya. Hampir sirap semata-mata. Patutlah harga air tak berubah, RM1. Rupanya ada benda lain yang dikurang.

Dah makin sahih tahun ini belajawan untuk ke bazaramadhan kena ditingkatkan.

Saturday, August 22, 2009

Air tangan

Ada satu gerai minuman di bazaramadhan tanjungaru ni, sangat-sangat laris. Tidak ada gerai lain yang lebih ramai orang berkerumun menunggu giliran melainkan gerai ni. Jual minuman sahaja takda makanan.

Penjualnya, kalau tak silap penilaian aku, adalah sekumpulan askar, dan maybe ikut serta akan-rakan saudara-mara bukan askar mereka. Semua lelaki takda perempuan.

Ramadhan yang lalu pernah juga aku bernasib baik meloloskan diri dalam kawanan pelanggan untuk beli. Penilaian aku, ok juga air jualan dorang, walaupun taklah sespecial mana. Tekak aku tak dapat mengesan keluarbiasaan yang menjadikan gerai dorang menjadi paling glamer setiap kali Ramadhan.

Ada sorang kakak senior di tempat kerja aku berteori, itulah penangan air tangan.
Tiap kali dorang menuang air ke dalam cawan atau plastik, air dituang lalu tangan diorang dulu lalu masuk ke gelas/plastik....

Thursday, August 20, 2009

Ntah

Beberapa hari lepas, Lisa Ling mendedahkan tent city di US yang kini telah dihuni sama oleh orang-orang yang hilang kehidupan gara-gara krisis ekonomi.

Yang lebih menarik, bila dia sama menyertai operasi kompeni yang mendapat untung pada zaman gelisah ini, iaitu yang bekerja membersih rumah yang telah ditarik oleh bank . Amat mengganggu sekali bila melihat barang-barang yang masih elok seperti tuan rumahnya masih ada terpaksa diangkut begitu saja ke tempat pembuangan. Tuan punya kompeni sendiri tak pasti punca sebenar kenapa rumah-rumah tersebut berkeadaan sedemikian, tapi dia menjangka yang tuan rumah dah terlalu tak berduit hatta untuk mengupah syarikat pengangkut untuk memunggah barang keluar dari rumah yang dah ditarik bank.

Yang terima untung adalah konpeni pembersihan kerana bisnes mereka menjadi ketika gawat ini.

Di Malaysia ni, tak tahulah kalau-kalau ada ramai orang yang terpaksa keluar dari rumah macam yang didedah Lisa. Dan tak pasti pula kalau-kalau rumah mereka dah bertukar tangan, mereka pun tak mampu memindah keluar barang mereka, jadi memberi sedikit

Tapi dalam satu lagi kegawatan oleh sebab H1N1, ada pula orang nak mengambil untung dengan menaik harga topeng muka. Hinggakan harini kerajaan terpaksa jadikan barangan kawalan.

Topeng muka bukan benda mahal. Kalau dinaik harga pun, kenaikan nya tak menjadikan penjual jutawan segera. Tapi tingkah laku mereka naikkan harga dengan menjadikan nyawa orang Malaysia sebagai taruhan adalah sangat kurang kemanusiaannya.

Tapi bukanlah pelik; memang lazim sesetengah orang Malaysia, apa-apa yang mendatangkan duit, semua depa sapu. Tak kiralah apa implikasi dan kesannya, yang penting duit masuk.

Friday, August 14, 2009

Puasa dah dekat (part II)

Antara peringatan yang selalu kedengaran time berpuasa adalah jangan berlebih-lebihan sewaktu berbuka. Sebabnya walaupun puasa tu salah satunya menahan diri daripada makan minum, tetapi bila berbuka ramai orang balas dendam.

Mungkin juga, budget sarapan pagi, makan tengahari terkumpul di bawak ke waktu berbuka menjadikan ramai kita mampu membeli lebih, walaupun belum tentu mampu dimakan semuanya.

Tapi beberapa hari lepas, aku terima promosi terbaru daripada bank, aku sedar sebenarnya kita dah ada pilihan lain untuk berlebih-lebihan dalam Ramadahn ni. Harga buffet berbuka puasa di hotel masih lagi melambung-lambung tinggi. Makin berbintang hotelnya, makin pitam gak kepala menengok harganya.

Dondang Sayang Coffee House RM58. Nipah Coffee Shop RM85. The Hilt RM98. Essence macam dah berpakat dgn the Hilt.

Mungkin tempat semacam ni sesuai tuk orang yang jaga badan, atau tak mampu nak makan banyak, tapi masih tak mahu kelihatan koman kalo duit tak mengalir keluar time bulan puasa ni.

Untuk aku, cukuplah sekadar hotel lima bintang diTanjungaru ni, sebab disebelahnya ada bazar Ramadhan

Tazkirah Jumaat 14 Ogos 2009



Berikut adalah beberapa himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah Ust. Ismail Kamus

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu...lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

--
السلام عليكم وارهمتو الله هيوابركتاوه <

Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life , as by the obstacles that one has overcome while trying to succeed >Time is like a river, you cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again, Enjoy every moment of life.

Monday, August 10, 2009

Travelling??

Duped by credit card scam upon check in at Hotel

You arrive at your hotel and check in at the front desk. When checking in, you give the front desk your credit card (for all the charges for your room).. You get to your room and settle in. Someone calls the front desk and asked for (example) Room 620 (which happens to be your room)

Your phone rings in your room. You answer and the person on the other end says the following, 'This is the front desk. When checking in, we came across a problem with your charge card information. Please re-read me your credit card number and verify the last 3 digits numbers at the reverse side of your charge card.'

Not thinking anything you might give this person your information, since the call seems to come from the front desk. But actually, it is a scam of someone calling from outside the hotel/front desk. They ask for a random room number. Then, ask you for credit card information and address information. Sounding so professional that you do think you are talking to the front desk.

If you ever encounter this problem on your vacation, tell the caller that you will be down at the front desk to clear up any problems. Then, go to the front desk and ask if there was a problem. If there was none, inform the manager of the hotel that someone called to scam you of your credit card information acting like a front desk employee.

Sunday, August 9, 2009

Puasa dah dekat

Dulu-dulu, kita takkan tahu puasa sudah hampir melainkan selalu menengok kalendar atau diingatkan oleh mak bapak.

Orang-orang tua akan giat training khususnya pada bulan syaaban, manakala yang perempuan tentunya mengejar masa membayar hutang.

Mak aku, semakin hampir puasa ni, dia akan masak lemang, atau sekurang-kurangnya dodol, atau paling kurang wajik. Untuk sama-sama menjamu saudara-mara, sekali gus memanggil anak-anak yang jauh balik ke kampung.

Hari ni suasana dah jauh berubah. Semakin senang nak tahu puasa sudah kian dekat.


Ironinya zaman sekarang, suasana menjelang puasa tu terasa sebab dah banyak kedengaran promosi raya.

Hujung bulan lepas aku membelek majalah di kedai dari rak ke rak. Ada satu yang terpampang besar di depannya tajuk "90 hari sebelum persiapan Aidilfitri". Aku menyumpah dalam hati. Tapi sumpahan aku susut bila aku tengok majalah tu terbit tiga bulan sekali. Okaylah, boleh diampunkan.

Bila tengok di TV, keluar muka saiful apek mempromosi rakaman rancangan hari raya. Aku menyumpah lagi. Tapi kali ni keluar dari mulut. Bodoh dan bebal.
Sumpah tu jadi berganda bila promosi tersebut keluar dari saluran TV rasmi kerajaan 1Malaysia.

Tak lama lepas tu, Menteri Wilayah Persekutuan muncul di TV follow up daripada demonstrasi 1 Ogos lepas. Dia bersama turut menangisi tong-tong air penjaja yang pecah, kuih yang tak laku lagi dijual disimbah air pancut trak anti rusuhan. Dan dia mengulas anggaran kerugian kuih dan tong air dan mangsa lain boleh hingga 100, 200 juta. Kerugian sedemikian tinggi sebab "raya pun dah dekat" kata pak Menteri.

Dia senasib dengan Saiful apek bila aku menyumpah bodoh dan bebal.

Bila difikir balik, bukan sedikit orang politik Malaysia jadi tolol. Tambah-tambah bila berpeluang nak mengutuk seterunya.

Tapi kalaulah dia dapat berfikir sekejap, dan menyebut "puasa dah dekat" instead of "raya" tentulah dia dapat menonjolkan sedikit kebijaksanaannya.

Dan ketololan tersebut dah semakin banyak bila antaranya, pasaraya perabut pun dah mula iklankan perabut baru untuk sambut raya. Raya kena tunda ke kalau perabut 10 tahun lepas masih diguna?

Selamat berpuasa.

Saturday, August 8, 2009

H1N1

Bukan susah nak menghindarkan wabak H1N1, basuh tangan betul-betul dan tutup mulut waktu batuk bersin. Itulah yang dicadangkan, hatta oleh tok Menteri sekali pun

Tapi bila wabak ni terus terus merebak, maka orang Malaysia mungkin sangat susah melaksanakan perkara semudah membasuh tangan.

Pagi tadi aku ke restoran berhampiran TH. Dulu-dulu aku ke kedai roti canai berhampiran pasar tani, tapi kali ni aku memilih kedai bukan mamak.

Yang mengambil order adalah tukang tebar roti. Mata aku mengekori dia sebaik dia ambik order. Dia terus ambil cap sarung ke kepala, dan kemudian mencapai dough roti yang ada depan mata.
Aku terkejut beruk. mata aku melilau kalau-kalau ada peti cadangan supaya aku boleh tulis surat layang mengutuk tukang tebar roti tersebut sambil memberi cadangan bernas, tapi benda sedemikian rupa tak ada. Dalam waktu H1N1 sekarang ada yang masih kesedaran rendah, tambah2 pengusaha kedai makan.

Tapi bila roti sampai depan mata, aku makan. Tak sampai hati nak bazirkan RM2.20.

Wednesday, August 5, 2009

Akhirnya..


Akhirnya, H1N1 sampai ke muka pintu tanjungaru..

esok aku akan pergi kerja mulut bertutup.
Mungkin pada masa sama, satu latihan simbolik untuk menjaga setiap perkataan, maklumlah bulan puasa pun dah tak lama lagi...

Saturday, August 1, 2009

YA

aku tak minat Yasmin Ahmad, filem-filemnya, maksud aku.

Aku pernah tengok Sepet. Tu pun dek kerana kawan yg excited tahap cipan kata filem tu best. Mujur lah Sepet kuar TV dan aku berpeluang menonton. OK lah, penilaian aku untuk filem tu.

Bila ada Gubra, aku tengok jugaklah. Bila kuar TV, of course.
Tapi kali ni, tak semacam Sepet, aku tak bagi rate "OK" untuk filem YA ni.
Pada aku dia dah macam filem Labu-labi P. Ramlee - yang ada mimpi-mimpi haji bakhil jadi binatang, tarzan etc. Sebab P.Ramlee yg buat, maka orang puji2 hebat dan menarik, walhal pada aku Labu-labi itu adalah filem yg b***h.
Begitu juga Gubra, tak menarik langsung. Ntah hapa-hapa.


Tapi, iklan-iklan hasil ide YA aku puji. Sangat mengesankan.

Dan malam tadi, Majalah3 edisi khas mengenang YA aku sempat tonton 15 minit terakhir. Ia mendedahkan satu lagi YA.
Wajah tua ibunya yang masih sedih bercerita tentang anaknya. Dan aku dapat membayangkan betapa kasihnya YA pada ibu bapanya, betapa hormat dan sucinya hati dia kepada kedua orang tuanya, sesuatu yang sangat luar biasa yang kini kita hanya jumpa dalam buku-buku saja.

Harap-harap TV3 akan ulang siar edisi malam tadi, aku nak tengok dari awal.

magik dan wretling

skang ni malam jumaat ada ranchangan mendedahkan rasia magic di saluran 701. Bila tenagok rancabgan tersebut baru aku sedar tahap kebodohan yang amat tinggi bila terpegun ternganga dengan magic walhal ia hanya penipuan semata.

tapi lama-lama aku sedar semula, jika ia dilihat sebagai suatu bentuk persembahan sama seperti konsert, drama, teater, maka ia bukanlah satu penipuan yang harus kita haramkan terus.

dibandingkan dengan gusti yang merupakan satu lagi bentuk penipuan, maka aku rasa tak lah terlalu bebal rasanya bila menonton magic.

Dalam wrestling, lawan yang dah hampir lunyai buleh tiba-tiba dapat power ajaib untuk jadi kuat, macam incredible hulk. Yang lebih ajaib, seterunya yang tadi gagah perkasa tiba-tiba terus lembek dengan sekali tibai oleh hulk yang baru menjelma.

Paling lucu, entah macam mana buleh pulak ada kerusi bawah gelanggang untuk digunakan membedal lawan. Buleh pulak ada meja kosong di bawah tempat untuk menghumbankan lawan. Dan meja dengan mudah pecah patah riuk.

Yang lebih lucu, ajaib, dan menarik, begitu punya ramai orang menonton, siap dengan sepanduk ala AF datang untuk menonton pertunjukan pembohongan tersebut.


Samalah macam ditanjungaru ini, wrestling jadi pertunjukan wajib di kaca TV setiap kedai mamak. Kalau TV on, konfem wrestling. Kalau tak, TV off.