Thursday, August 20, 2009

Ntah

Beberapa hari lepas, Lisa Ling mendedahkan tent city di US yang kini telah dihuni sama oleh orang-orang yang hilang kehidupan gara-gara krisis ekonomi.

Yang lebih menarik, bila dia sama menyertai operasi kompeni yang mendapat untung pada zaman gelisah ini, iaitu yang bekerja membersih rumah yang telah ditarik oleh bank . Amat mengganggu sekali bila melihat barang-barang yang masih elok seperti tuan rumahnya masih ada terpaksa diangkut begitu saja ke tempat pembuangan. Tuan punya kompeni sendiri tak pasti punca sebenar kenapa rumah-rumah tersebut berkeadaan sedemikian, tapi dia menjangka yang tuan rumah dah terlalu tak berduit hatta untuk mengupah syarikat pengangkut untuk memunggah barang keluar dari rumah yang dah ditarik bank.

Yang terima untung adalah konpeni pembersihan kerana bisnes mereka menjadi ketika gawat ini.

Di Malaysia ni, tak tahulah kalau-kalau ada ramai orang yang terpaksa keluar dari rumah macam yang didedah Lisa. Dan tak pasti pula kalau-kalau rumah mereka dah bertukar tangan, mereka pun tak mampu memindah keluar barang mereka, jadi memberi sedikit

Tapi dalam satu lagi kegawatan oleh sebab H1N1, ada pula orang nak mengambil untung dengan menaik harga topeng muka. Hinggakan harini kerajaan terpaksa jadikan barangan kawalan.

Topeng muka bukan benda mahal. Kalau dinaik harga pun, kenaikan nya tak menjadikan penjual jutawan segera. Tapi tingkah laku mereka naikkan harga dengan menjadikan nyawa orang Malaysia sebagai taruhan adalah sangat kurang kemanusiaannya.

Tapi bukanlah pelik; memang lazim sesetengah orang Malaysia, apa-apa yang mendatangkan duit, semua depa sapu. Tak kiralah apa implikasi dan kesannya, yang penting duit masuk.

No comments: