Saturday, August 22, 2009

Air tangan

Ada satu gerai minuman di bazaramadhan tanjungaru ni, sangat-sangat laris. Tidak ada gerai lain yang lebih ramai orang berkerumun menunggu giliran melainkan gerai ni. Jual minuman sahaja takda makanan.

Penjualnya, kalau tak silap penilaian aku, adalah sekumpulan askar, dan maybe ikut serta akan-rakan saudara-mara bukan askar mereka. Semua lelaki takda perempuan.

Ramadhan yang lalu pernah juga aku bernasib baik meloloskan diri dalam kawanan pelanggan untuk beli. Penilaian aku, ok juga air jualan dorang, walaupun taklah sespecial mana. Tekak aku tak dapat mengesan keluarbiasaan yang menjadikan gerai dorang menjadi paling glamer setiap kali Ramadhan.

Ada sorang kakak senior di tempat kerja aku berteori, itulah penangan air tangan.
Tiap kali dorang menuang air ke dalam cawan atau plastik, air dituang lalu tangan diorang dulu lalu masuk ke gelas/plastik....

3 comments:

ezzati said...

ewwwwwwwww..pstu msti dia korek idung dlu b4 tu..kuang2..

azman said...

korek idung???

puasa maaa...manada korek idung

si nakal andi said...

mungkin korek ketiak kut..