Saturday, August 1, 2009

YA

aku tak minat Yasmin Ahmad, filem-filemnya, maksud aku.

Aku pernah tengok Sepet. Tu pun dek kerana kawan yg excited tahap cipan kata filem tu best. Mujur lah Sepet kuar TV dan aku berpeluang menonton. OK lah, penilaian aku untuk filem tu.

Bila ada Gubra, aku tengok jugaklah. Bila kuar TV, of course.
Tapi kali ni, tak semacam Sepet, aku tak bagi rate "OK" untuk filem YA ni.
Pada aku dia dah macam filem Labu-labi P. Ramlee - yang ada mimpi-mimpi haji bakhil jadi binatang, tarzan etc. Sebab P.Ramlee yg buat, maka orang puji2 hebat dan menarik, walhal pada aku Labu-labi itu adalah filem yg b***h.
Begitu juga Gubra, tak menarik langsung. Ntah hapa-hapa.


Tapi, iklan-iklan hasil ide YA aku puji. Sangat mengesankan.

Dan malam tadi, Majalah3 edisi khas mengenang YA aku sempat tonton 15 minit terakhir. Ia mendedahkan satu lagi YA.
Wajah tua ibunya yang masih sedih bercerita tentang anaknya. Dan aku dapat membayangkan betapa kasihnya YA pada ibu bapanya, betapa hormat dan sucinya hati dia kepada kedua orang tuanya, sesuatu yang sangat luar biasa yang kini kita hanya jumpa dalam buku-buku saja.

Harap-harap TV3 akan ulang siar edisi malam tadi, aku nak tengok dari awal.

1 comment:

si nakal andi said...

siapa pun Yasmin Ahmad sebenarnya
aku tak kisah
tapi penceritaan dia sangat bagus
dan menyentuh hati ramai manusia

harap dia diampunkan dan mendapat keredhaan tuhan