Sunday, August 9, 2009

Puasa dah dekat

Dulu-dulu, kita takkan tahu puasa sudah hampir melainkan selalu menengok kalendar atau diingatkan oleh mak bapak.

Orang-orang tua akan giat training khususnya pada bulan syaaban, manakala yang perempuan tentunya mengejar masa membayar hutang.

Mak aku, semakin hampir puasa ni, dia akan masak lemang, atau sekurang-kurangnya dodol, atau paling kurang wajik. Untuk sama-sama menjamu saudara-mara, sekali gus memanggil anak-anak yang jauh balik ke kampung.

Hari ni suasana dah jauh berubah. Semakin senang nak tahu puasa sudah kian dekat.


Ironinya zaman sekarang, suasana menjelang puasa tu terasa sebab dah banyak kedengaran promosi raya.

Hujung bulan lepas aku membelek majalah di kedai dari rak ke rak. Ada satu yang terpampang besar di depannya tajuk "90 hari sebelum persiapan Aidilfitri". Aku menyumpah dalam hati. Tapi sumpahan aku susut bila aku tengok majalah tu terbit tiga bulan sekali. Okaylah, boleh diampunkan.

Bila tengok di TV, keluar muka saiful apek mempromosi rakaman rancangan hari raya. Aku menyumpah lagi. Tapi kali ni keluar dari mulut. Bodoh dan bebal.
Sumpah tu jadi berganda bila promosi tersebut keluar dari saluran TV rasmi kerajaan 1Malaysia.

Tak lama lepas tu, Menteri Wilayah Persekutuan muncul di TV follow up daripada demonstrasi 1 Ogos lepas. Dia bersama turut menangisi tong-tong air penjaja yang pecah, kuih yang tak laku lagi dijual disimbah air pancut trak anti rusuhan. Dan dia mengulas anggaran kerugian kuih dan tong air dan mangsa lain boleh hingga 100, 200 juta. Kerugian sedemikian tinggi sebab "raya pun dah dekat" kata pak Menteri.

Dia senasib dengan Saiful apek bila aku menyumpah bodoh dan bebal.

Bila difikir balik, bukan sedikit orang politik Malaysia jadi tolol. Tambah-tambah bila berpeluang nak mengutuk seterunya.

Tapi kalaulah dia dapat berfikir sekejap, dan menyebut "puasa dah dekat" instead of "raya" tentulah dia dapat menonjolkan sedikit kebijaksanaannya.

Dan ketololan tersebut dah semakin banyak bila antaranya, pasaraya perabut pun dah mula iklankan perabut baru untuk sambut raya. Raya kena tunda ke kalau perabut 10 tahun lepas masih diguna?

Selamat berpuasa.

1 comment:

si nakal andi said...

aku rindu majalah keluaran khas raya

aku rindu pengumuman puasa di tv

aku rindu iklan raya di tv walau belom start puasa

TAPI aku tak rindu ahli politik malaysia.. hahaha..