Time suka, kentut busuk pun di kata wangi;
tapi bila dah tak suka, tak sempat kentut dah dikutuk kaw2..
thats the latest scenario in my workplace..
tapi tak boleh dielaborate kerana boleh menjejaskan kepentingan banyak pihak, dan menimbulkan kegelisahan - layak diISAkan kalo berlaku....
Kalo aku berhadapan dengan orang yang mulutnya meluahkan perkara-perkara yang aku tak suka atau tak setuju, aku tak menzahirkannya dengan kata-kata. Dah lama aku melatih diri sendiri untuk kutuk dalam hati. Sebab aku tau, acap kali dorang degil, cakap mereka saja yang betul. Kalo macam tu, kenapa kadang-kadang dorang macam bertanya pandangan aku?
Jawabnya, itu hanya salah satu method untuk mengesahkan kekepalabatuan mereka.
Dalam banyak keadaan, aku ada PR yang sangat teruk, melainkan aku berada dalam kalangan kawan-kawan biasa.
Lama dulu, Usop minta tolong aku bawa kawan dia yang datang berurusan ke sini, sebab dia pun outstesen. Mujur kawan tu datang sehari saja, maka malamnya aku hanya bawa dia ke kedai makan dan pusing-pusing bandar - sementara menunggu dia penat, atau lebih tepat aku yang mengantuk.
Bila aku jumpa Usop kemudiannya, kawan tu kata aku ni membosankan.
Aku tak dapat untuk tak bersetuju, dan hanya tersengeh mengakuinya.
Kalaulah aku agen insuran, atau kad kredit, memang aku tak akan lama bertahan.
Cukup-cukuplah becerita kekurangan sendiri.
Lets follow the trail...
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago