nampaknya ketekalan aku menaip dalam blog ni hanya bertahan selama 8 hari. Dua hari terkini aku duduk diam, sebahagian besarnya kerana wabak "ngantuk yang tidak tertahankan" - sehinggakan aku tak sempat pun habis menonton buletin utama.
yang buat aku terkesan, sudah 4 hari tetapi kes elizabeth wong masih jadi berita utama. Bila aku membaca yang dia kuat berpegang dengan keinginannya mengundur diri, dan sudah pun undur sejauh ke luar negeri, maka aku sangat kagum dengan elizabeth wong.
Politik Malaysia hari ni penuh dengan orang yang b****t nya sudah terlekat gam gajah kepada kerusi YB, disuruh pergi pun tak mahu; yang mahunya ke pintu mahkamah. Tapi Elizabeth nyata lain daripada yang lain.
Aku tak berminat pun nak melihat foto tidur dalam pelbagai aksi Elizabeth Wong. Tambah-tambah bila wajahnya muncul di tv, dia bukan lah zhang ziyi, atau sekurang-kurangnya Lucy Liu. Tetapi bila berita sangat sibuk dengan kisahnya, terutama pada hari-hari terawal, dan 2 hari lepas Federal CID Director, mengarahkan rakyat yang memiliki menghapuskannya, deria ingin tahu tinggi semula frekuensinya.
Tapi lama aku tunggu, dalam kotak email pun takda yang berkongsi, maka aku pun kembali kepada keputusan asal - tidak lagi berminat dengan aksi pelbagai elizabeth wong tidur berkaca mata. Maka sebagai galang gantinya, yang dibawah ni sudah tentu jauh lebih menarik, meski pun mereka tak memakai kaca mata..
Satu yang paling memualkan dalam isu ni adalah bagaimana orang politik sibuk betul hendak menampilkan diri menjadi juara. Lebih mual, ada yang bertopengkan NGO, seakan-akan mau rakyat tahu dia berhujah atas tiket pihak neutral. Tapi, masyarakat Malaysia lulusan web dan blog sudah makin ramai, maka mudah sekali mengesan niat sebenar orang-orang macam tu. Maklumlah, bulan Mac makin dekat..
Utusan Malaysia harini mendedahkan ramai rakyat Malaysia sakit mental skizofrenia, tanpa disedari. Tanda-tandanya adalah menjerit dan memekik tanpa sebab, tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.
Diagnosis cepat, setakat ni, terutama dalam tempoh paling terkini, aku rasa macam tidak berminat untuk kerja. Ada juga terfikir nak menjerit, tetapi kebersihan masih terjaga. Dan kawan-kawan pun masih okay sebab aku belum berlaku ganas.
so, aku mental aku masih sihat. Tapi aku jadi risau dengan minat yang hilang tiba-tiba. Bukan kerana tiada kerja, tapi banyak kerja, sampai aku tak tau mana 1. Barangkali saat macam inilah orang akan bersyukur jika dia menjadi sotong atau obor-obor.
Hilang minat + tekanan = sakit mental???
ada sapa nak cuba buktikan persamaan ni?
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
1 comment:
kisah 1 : baru 8 hari bro. teruskan. teruskan. atleast 8 tahun. baru la kool.
kisah 2 : elizabeth wong. hmmm, orang malaysia memang macam tu. kalau part naked aja, semua sebok. nak tunjuk hero. hei ahli politik semua, malu lah sikit. cuba fokus pada krisis ekonomi ke. krisis remaja ke.
kisah 3 : hilang minat pada kerja? hmmm, keje ni macam bercinta jugaklah. kadang kadang, entah apa cerita, tetiba rasa nak break-off. tapi itu cuma sekejap saja, lama lama, datang la rasa nak bercinta tu..
Post a Comment