Monday, February 16, 2009

pasca Gaza

The Real King - after he scored two against Gijon



Sebenarnya ada juga lalu-lalang dalam fikiran aku untuk menempelkan bahan berkenaan krisis Gaza yang baru lalu, sementelah banyak juga gambar-gambar yang serba menginsafkan masuk ke dalam peti email aku.

Tetapi oleh sebab krisis sudah pun reda, setidak-tidaknya untuk waktu ini tiada lagi serangan seazab "Pesta Perayaan Tahun Baru - Zionis Style" baru lalu, maka aku tangguhkan niat serba murni itu. Tambah lagi, semua sudah pun banyak melihat rakaman foto sedemikian, mungkin jauh lebih banyak dari RM yang disisip masuk ke dalam tabung derma Gaza

Hinggalah hari ini bila ada sesuatu yang baru boleh aku kongsikan.
Of course, sumbernya dari kotak email lah, mana lagi??





Gambar hiasan ...



Ini cerita yang sebenarnya...
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera

Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari

udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula

infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza

bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.



Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang

membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia

Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin"

di Masjid
Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin,

Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru

ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang

sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada

bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel.

Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka.

Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah

ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung

tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut.

Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil

oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera

Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat

mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak

dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh

dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang

dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi

(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak

ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya

melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket

bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua

belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila

ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan

apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut

masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa

matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian

putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang

mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai

pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa

kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam

Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang

lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih

ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.

Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah

swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan

yang lebih ramai.





Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama

serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya,

Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad

Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain

kafannya masih putih bersih.
 Beliau adalah salah seorang pengasas dan

pemimpin HAMAS.





"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di

ufuk

dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia

adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi

segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

1 comment:

si nakal andi said...

oh
seminggu dua ni aku sedikit sibuk di ofis
perkembangan terkini di gaza - islam menang?
ini first time aku dengar
syukurlah kalau betul

dan kisah kisah disebalik perang itu sangat ,menarik!