Tuesday, February 17, 2009

T.U.A

kawan-kawan zaman sekolah - decades later


Sejak menyertai komuniti facebook, dengan beberapa klik aku sudah dapat mengesan kawan-kawan lama zaman sekolah dulu, yang semuanya tak pernah aku jumpa sebaik habis zaman beruniform.

dan facebook itulah yang menyedarkan aku kepada satu realiti, sudah tua rupanya aku ni.. tambah-tambah bila melihat sebahgian besar kawan-kawan lama tu sudah pun menandingi keboroian sesama sendiri.

barangkali, itulah kelebihan aku bekerja dikelilingi anak-anak muda (ikan??), rasa muda sentiasa.

Atau sebenarnya, tak sedar diri???




Harini, singgah sebentar di stesyen minyak untuk ke ATM, tetiba aku nampak subjek yang berpotensi untuk aku tempelkan di blog ni, iaitu nawaitu sebenar-benar blog ni ditubuhkan.

Tapi tiba-tiba rasa macam poyo pulak kalau aku mendapatkan dia dan snap gambar.
Dalam berbelah bagi tu baru aku kemudiannya perasan ada orang lain dalam kereta merah subjek.
Mujurlah belum buat keputusan, atau aku mesti akan jadi mangsa kecurigaan orang dalam kereta tu kalau niat diteruskan.

Takpalah, lain tahun, lain posting, masih ada.

3 comments:

si nakal andi said...

relax la bro
umur 40 tu baru starting of a new life
jangan risau risau
asalkan ko hati muda

anyway
selamat hari lahir ke 40!!!!

Unknown said...

hahaha..
jiwa muda..tapi luaran..?
rilex2...usah hirau..yg pntg hdup penuh dgn kegembiraan bro..peace!!!

azman said...

Yus, thank u kerana kata2 ko yg meremajakan aku,

Andi..aku belum pun 40, ko dah ucap selamat..

penderaan betui..