banyak kali kita dengar dan baca tentang perkhidmatan jabatan kerajaan yang kurang memuaskan, dan itulah yang aku lalui petang sabtu 14 februari ini.
dengan tak semena-mena kereta aku dah jadi ambulan membawa pesakit yang terjatuh dari pokok kelapa ke hospital. Ya, pokok kelapa, tapi pokok yang baru belajar nak menunjuk langit.
sampai di hospital, bahagian kecemasan. Sebenarnya, di tempat sekangkang kera ni, bahagian kecemasan nya bukanlah yang digambarkan dalam Greys Anatomi atau ER, kerana pesakit demam atau sekadar sakit-sakit pun datang ke sini; tapi bila melihatkan poster kecil yang ditampal di dinding, maka aku yakin kes yang aku bawa ini satu kecemasan kerana ia tersenarai sebagai satu daripada sembilan kategori kecemasan.
tapi hampir 20 minit menunggu, barulah dipanggil masuk. Oh, rupanya mamat yang aku terserempak ketika aku menuju ke kaunter tadi rupanya. Ketika aku masuk, dia berjalan meninggalkan bilik rawatan. Tapi dalam bilik tu, tak sampai 90 saat, dia sudah mengarahkan kami keluar semula, ke xray katanya.
Kami tunggu lagi. Sudahnya, selepas hampir 30 minit, aku menjengah ke bilik semula. Xray technician oncall, dia belum sampai, kata Pembantu perubatan yg kurus tinggi tu. Aku dah mula nak sakit hati..tapi belum sempat sakitnya menusuk, sudah ada nurse keluar mengarahkan kami ke bilik xray.
Memang betullah dia oncall. Sebab sebaik dia membuka pintu memanggil masuk pesakit yang aku bawak ni, dia rupanya hanya berkemeja T dan beseluar pendek! Mungkin dia tengah bersiap nak main bola waktu menerima panggilan ke hospital.
sebaik dapat filem xray, juruteknik tu sempat bercerita yang tulang tangan sebelah kanan tecedera sikit. Lalu kami berjalan semula ke ruang kecemasan untuk mendapat rawatan, iaitu sebenarnya untuk menunggu buat kesekian kalinya.
kali ni ada doktor menunggu di bilik rawatan, seoarang anak muda keturunan india, tinggi dan bergaya sempoi sempena petang sabtu agaknya, atau sempena VD.
Tapi aku sekadar mengangguk ya, dan paham bila dia kata takda kecederaan apa-apa pada tulang. It looks ok to me, kata dia, jadi dia akan membekalkan ubat tahan sakit saja.
Selepas beberapa ketika keluar dari rawatan doktor lulusan IMU tu, tetiba dia memanggil semula. After second check, katanya, baru dia dapat mengesan ada kecederaan minor pada tulang tangan kanan.
Wah, rupanya juruteknik xray lebih tajam pandangannya dari doktor!
tapi pandangan kali kedua tu yang mengheret episod menunggu menjadi makin panjang, ibarat sinetron indon yang tak tahu nak habis, hatta mencecah beratus episod.
Sudahnya aku balik dengan meninggalkan pesakit yg masih kuat bedengkur gara-gara sedatif ketika rawatan. Perencanaan doktor tu, dia perlu dixray semula untuk melihat kesan rawatan, tapi kalau dia sudah makin lena, entah bila dia nak dihantar ke unit xray.
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
2 comments:
apa lagi.. mengorat la nurse nurse yang kiut!
nurse amendanya, sumer pakcik2 saja yg ada dikaunter registration tuh, ada sorang nurse on duty pun da tahap nk bercucu
Post a Comment