Monday, February 23, 2009

and the winner is..

(sori bro, benjamin kena TKO)

Kate Winslet won after 6 tries, Sean Penn won his second in 5 years, and Heath Ledger need to order bigger cabinet for this new sacred throphy.

Kalo dalam grammy, biasa juga artis yang menang tetapi tidak hadir, akan ada live telecast menayangkan ucapan nya, atau pun pemenang sedang memegang thropy tersebut. Misalnya, Amy Winehouse di Grammy tahun lepas. Dulu-dulu pun, kalau tak silap Bob Dylan pun pernah menerima Grammy dengan cara yang sama.

So, kenapa time Heath Ledger menang, tak dibuat telecast di kuburnya? Memang la dia takkan bangkit dari kubur memberi ucapan penghargaan, tapi tak mahukan mengadaptasi amalan Grammy? Atau mayat Ledger dah dibakar dan abunya dihanyut ke perairan Perth untuk tak dijumpai lagi.

Anyway, after Golden Globe, Actors Guild and BAFTA, he must be really proud to be...

"THE JOKER"


Pernah ke aku menang award? Jawabnya, dengan lurus bendul dan jujur, tak pernah. Aku tak berkecimpung dalam bidang yang meng"habuan"kan award sebagai ganjaran, so mana nak menang?

Tapi menang peraduan adalah. Zaman kanak-kanak dulu, pernah menang peraduan mewarna dalam akhbar Mingguan Kanak-kanak (tau?). Hadiahnya water colour. Tapi sampai kini, sampai penerbit tu dah bungkus pun, water colour tu belum aku jumpa. Anyway, ada juga kejayannya bila aku dapat 2 kawan perempuan sebab alamat aku tersiar. Sorang dari Terengganu, yang selepas beberapa surat aku ignore sebab dia poyo; sorang dari Kedah, aku layan juga, tapi kemudiannya aku terus diam sebab alamat dia aku terlupa. Konon2 aku boleh ingat sebab alamatnya ringkas, tapi ringkas tak menghadkan kuasa keterlupaan aku.

bila dah lama meninggalkan zaman menang water colour tu, aku hanya menang beberapa cabutan bertuah dalam jamuan anjuran tempat kerja. Itupun sebab memang semua orang dapat hadiah....

Malam semalam, sempat juga aku menonton recap Jemputan Umrah di Astro Awani. Seronok, terharu, gembira, sedih, teruja bila melihat rata-rata penerima menangis kegembiraan menerima hadiah yang tak terduga. Tambah-tambah yang menunjukkan emosi tu adalah yang menerima kejutan hadiah tersebut. Sangat mengesankan!

Antara yang memorable adalah seoarang ibu yang pernah melalui trauma kanser payudara, dan kemudiannya berusaha membina sekolah tahfiz untuk anak-anak perempuan. Seorang suami yang menghadiahkan umrah tersebut untuk isterinya yang telah berkorban duit membiayai pembedahan bapa si suami. Kakak dan adik yang mengusahakannya untuk saudara lelaki yang masih dirantai ketagihan dadah. Dan seorang perempuan yang menghadiahkannya kepada seorang pemandu teksi dan seorang anak muda yang membuat jariah menguruskan jenazah.

Honestly, aku suka tengok cerita-cerita sedih macam ni, yang terharu dalam kegembiraan.


4 comments:

Yunus Badawi said...

Nampak brutal tapi hati ko lembut rupanya hehehe

Yunus Badawi said...

oopps sori aku terhantar pakai email company. Sure ko tak kenal sapa aku nanti.

Anonymous said...

slumdog millionaire menang?
tepuk. tepuk. tepuk.
memang filem ni deserved untuk menang.
walaupun hati aku kuat menyokong benjamin button yang HEBAT itu
kecewa sikit lah

p/s : entry entry blog ko ni boleh tahan juga ya. seronok aku baca.

aL-gOjO said...

memang dah jangka filem slumdog tu menang. ramai kata filem tu ada jiwa..kena tengok gak nih :)


p/s: tunggu chun li (street fighter: the legend of chun li) minggu ni hoho sbb ada kristen kreuk :p