pasti kaulah Yahudi yang disanjung oleh penyokong Liverpool tadi pagi Sekarang ni ada 2, 3 kawan-kawan aku yang minat betul mengikuti siri seram-seram takut (SST) Anak Betong dan Keliwon. Kena betul lah dengan malam jumaatnya. Terima kasih pada Shuhaimi Baba yang merintis jalan untuk cerita-cerita SST ni, menerusi PHSM.
Aku tak minat nak ikut jejak langkah kawan-kawan tu.
Infact, malam aku menghadap TV sekarang ini singkat dan ringkas, setakat berita jam 8. Kecuali Isnin malamnya sebab aku mengikuti The Amazing Race; dan hujung minggu, kerana aku dah berjanji dengan Torres, Ronaldo, Anelka, Van Persie dan rakan-rakannya.
Tetapi semalam sempat pulak aku extend masa di depan TV untuk menonton mazidul di 360. Bila liputan mengenai Bangla yang tinggal dibawah jambatan di KL sana, sekali lagi aku jatuh kasihan - kali ke-2 dalam tempoh 3 hari! Melihat mereka hidup macam pelarian perang, makan dengan ikhsan orang ramai, mandi dari air paip pecah; itu semua tidak menggambarkan betapa mereka sebenarnya menumpang disebuah negara yang kini ribut menghias diri dengan modenisasi.
Yang sebetulnya, rasa kemanusiaan yang suci murni lagi berkualiti dalam diri aku ni, tersedar beberapa tahun lepas bila aku menonton kisah pelarian perang di Afrika, Sudan kalau tak silap. Bila pengulas menyebutkan mereka sebahagian besarnya orang Islam, dan seperti biasa, tidak dipedulikan oleh saudara seislam mereka, hatta sekaya-kaya manusia di semenanjung Arab, maka masa itulah rasa kemanusiaan aku mula.
Barangkali selama ini aku tak terfikir yang aku sebenarnya turut bertanggung jawab terhadap mereka, atas landas persaudaraan Islam, semata-mata kerana mereka orang-orang hitam, kurus kering, dan semestinya bila dalam pelarian, serba-serbi buruk. Akan tetapi liputan tersebut menjadikan aku lebih insaf dan sedar.
Justeru, atas dasar yang sama juga belas ihsan aku tertumpah menonton paparan tentang Bangla-bangla di KL yang rata-rata menjadi mangsa eksploit agen-agennya.
No comments:
Post a Comment