25 March 2007
27 Februari 2009 - 13 km berikutnya
Harini Jumaat, kereta aku melengkapkan 10 ribu km yang ketiganya.
Tempat : berhampiran simpang lampu isyarat balai bomba kampung Jawa
Masa : kira-kira 1.45 petang
Dengan serta merta aku mencari port untuk berhenti bagi merakamkan gambar angka bertuah tersebut. nasib baik sempat membelok ke JPJ sebelum angka 0 naik jadi 1. Tapi rupanya angka 30,000 bukan angka bertuah. 2, 3 kali aku snap gambar, sebab siang dengan matahari yang terik, angka tak berapa nampak. Aku adjust beberapa kali, pun tak berhasil. Dalam aku sedang bekerja keras tu, bateri pula buat hal. Ahhh...
Maka angka keramat tu tak dapat aku rakamkan.
(Ada tak orang lain yang buat kerja macam aku ni?)
10,000 yang pertama dulu berlaku ketika melintasi markas platun bekalan ATM, balik dari bandar. Masa nya aku tak ingat. Sebab takda kamera ketika tu, dan tak terfikir nak merakamkannya, aku hanya selebret dengan membunyikan hon beberapa kali. Berani buat benda separuh siuman itu, sebab laluan tu takda kediaman orang dan takda kereta lain.
20,000 yang kedua berlaku kira-kira 6.15 pagi. Memang aku tunggu, jadi dapat aku rakamkan gambarnya, seperti di atas.
Jadi harini, genap 30,000.
selasa lepas, kereta aku berusia 5 tahun. Jadi secara purata, setiap tahun ia telah berjalan sejauh 6,000 km. Ke manalah aku berjalan sejauh tu, sedangkan tanah di sini sekangkang gorila saja...
Sempena Jumaat yang mulia, apa kata kita menginsafi diri sekejap....
LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu,
2. Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan,
3. Zakat dijadikan hutang,
4. Suami memperturutkan kehendak isteri,
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya,
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya,
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid,
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka,
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,
11. Arak sudah diminum di merata tempat,
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki),
13. Para artis disanjung-sanjung,
14. Muzik banyak dimainkan,
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.
Hadith riwayat Tirmizi.
1 comment:
snap gambar meter every 10000km?
ko memang different and unique la
tak pernah terpikir nak buat camtu
hmmmm
tengoklah, nanti kalau aku beli new car
aku tiru trademark ko tu ya!
Post a Comment