Tuesday, March 24, 2009

Arab

Sinbad (kiri) bersama rakannya, Abu Nawas



Dalam berita TV3 semalam, Melaka akan membina Bandaraya Arab di bumi Hang Tuah tersebut. Tujuannya adalah untuk menarik pelancong Arab datang ke Melaka.

Menurut jurucakap pemaju projek, yang aku rasa adalah seorang Arab, orang Arab sangat cerewet kalau melancong, mereka mahukan suasana yang sama macam tanah air mereka apakala melancong. Ia termasuklah premis makanan dan berhibur serta membeli belah.

Secara peribadi, aku tak mahulah nak terus memanggil mereka tolol, walaupun mungkin ia gelaran yang sangat tepat untuk menggambarkan sikap sedemikian. Logik yang mudah sahaja; Kalau nak suasana serupa kampung halaman mereka, maka aku rasa baik duduk di negara sendiri. Apa guna nak melancong ke luar kalau mahukan suasana serupa halaman mereka?

Akan tetapi, bila dilihat projek tersebut bakal dibina di Melaka, maka tolol tersebut mungkin juga perlu dikongsikan untuk orang-orang berkenaan di bumi Hang Tuah tersebut. Mengapa tidak? Bukankah mereka juga yang men"datok"kan Shah Rukh Khan tak berapa lama dulu kerana sebab yang sama naifnya sepertimana mewajarkan Arab City di atas?
Tapi untuk berlaku adil, kita juga jangan lupa beberapa bahagian Bukit Bintang dah lama diArabkan. Jadi tak peliklah kalau penyakit bebal tersebut menular ke selatan.


Orang Asia Barat patut belajar dengan orang Asia Timur yang datang ke Malaysia. Kaum-kaum Asia Timur tersebut, yang gadis cilik terutamanya bukan saja tidak cerewet, malah bijak mengambil peluang sebaiknya menikamti kunjungan mereka ke Malaysia ni. Tak percaya, cubalah sekali-sekala tonton 999.

4 comments:

Anonymous said...

Nak di kato an pandai....tak patut.....nak di kato an bangang marah lak deh......tapi memang bangang melantun-lantun. Den setuju dengan ko tu.
Den tak tau apo yang ado dlm kepalo hotak dio orang yg propose dan setuju dengan projek tu.....

in☂an Jun$u said...

Buleh ke nak wat Arab City kat bandar Melaka yg cinonet tu?xyakin aku..

kang mula la dok amik tanah rakyat.klu nenek aku tau ni memang kena fire la k'jaan Melaka tu.

baik la promote negara sendiri kat tempat kita ni.lgpn dorg blom tntu nak wat Malaysia City kat tmpt dorg nu..

*pil.tahan.sakit* said...

aku rasa malaysia ini terlalu bermurah hati dan terlalu la sgt2 bagi muka kat orang luar..

apehal kan?

ape tak cukup ke lg nak membanggakan orang luar dr rakyat sendiri?

nak buat bandar arab lah..ape lah..orang arab sendiri pon ada ke buat bandar malaysia kat sana? kat sini pon esok ada bandar jakarta.. bandar hanoi..bandar bangla ke..

what so ever.. tp ini memang xpatut..esok haribulan tergadai lah negara..br nak sedar kot?

azman said...

orang malaysia kan mesra pelancong, temasuk dgn pelencong.. tu yg ramai datang cari makan di lorong2 persundalan