Tuesday, March 17, 2009

Pertandingan

Kalah tanpa bertanding.


Berita siang tadi menunjukkan Qatar telah menghantar bidaan rasmi dalam persaingan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Kedudukan kewangan yang baik untuk menyediakan infrastruktur dan zon masa yang tak jauh beza dengan Eropah adalah kekuatan Qatar. Maklumlah, negara kaya yang walaupun sinonim dengan padang pasir berhaba tinggi, tak mustahil Qatar boleh menyediakan semua stadium tertutup macam yang ada di Sapporo ketika World Cup 2002.

Tawaran Qatar menjadikan ada dua belas bidaan telah menyertai persaingan tersebut. Lapan negara yang lebih awal adalah England, 2B (Belgium & Belanda), Australia, Mexico, Spain, Portugal, USA, dan Russia. Sementara Indonesia, Jepun dan Korea Selatan adalah tiga wakil dari Asia.

Ya, Indoensia pun bernafsu untuk menjadi tuan rumah World Cup. Kenapa Malaysia tak ada nafsu sedemikian besar? Aku pun tak tau kenapa.
Satu masa dulu, Malaysia memang serakah untuk jadi tuan rumah macam-macam acara bertaraf dunia, tapi kini nafsu tersebut mungkin dah diancam menopous.

Perkiraan aku, Malaysia perlu menyertai persaingan tersebut. Persetankan dengan taraf bola sepak Malaysia sekarang. Lagipun kita masih bertaraf dunia sebab ramai pengikut bol asepak Malaysia cukup kenal dengan BPL, La Liga, Seria A hatta pertandingan di Amerika Latin yang sebelum ni tak diketahui pun sudah ada dalam senarai tontonan orang Malaysia.

Menjadi tuan rumah adalah cara terbaik untukbermain di World Cup. Tempoh pertandingan ada lagi 10 ke 14 tahun cukup lama. Dalam tempoh itu, penyakit2 (atau orang-orang pembawa enyakit) bertapuk dalam FAM tentu dapat disingkirkan.
Tapi kalau pun kita tak bertaring ketika itu, menjadi tuan rumah terbaik sudah tentu satu kemenangan. Bukankah kita memang suka dengan pujian-pujian macam tu?

Apa-apa pun selamat bertanding kepada Qatar. Dan kepada yang bertanding dalam masa terdekat ni, pun selamat bertanding. Bezanya, aku tak ambik pusing pun siapa menang siapa kecundang yang terdekat ni. Relevan lagikah?

3 comments:

a.b geldofg said...

tkpa diut dah tk hbis mkn

Merg@s_Tua said...

nafsu diancam menopous??

Malaysia segan kot,sb tu xnk handle world cup.

huhu

JohnJenin said...

Kedudukan pasukan negara pembida untuk pengajuran world cup sedikit sebanyak akan mempengaruhi kejayaan sesebuah negara diberi hak penganjuran. Melihat pada taraf pasukan kebangsaan sekarang, tak mungkin kita akan berjaya. Mungkin jugak hanya akan menjadi bahan tawa negara negara lain.

Moleklah jika layak secara merit ke Asia Cup dahulu sebelum berfikir menjadi tuan rumah piala dunia.