Wednesday, March 25, 2009

Miskin kepada murtad


Kemiskinan boleh membawa kekufuran

Itu adalah peringatan yang pernah kita dengar. Tetapi kemiskinan yang dilalui oleh keluarga dari Kuantan ini (laporan UM harini) melangkaui batas kekufuran kerana mereka telah selangkah maju, - menuju kemurtadan.

Tak susah untuk membayangkan kesusahan mereka. Imbas semula mana-mana episod "Bersamamu" yang pernah kita tonton. Mungkin semiskin keluarga Maini Kudat di Sarawak yang berlaukkan siput babi bakar untuk isi perut. Keluarga di Kuantan ni dah tentu lebih terdesak kerana ada sembilan anak, dan hidup di bandar yang sudah tentu serba mahal. Bayangkan, mereka sudahpun dibantu dengan menerima penempatan di PPRT Bandar Baru, tetapi rumah bantuan itu pun masih belum mampu membantu mereka untuk hidup lebih selesa.

Disebalik "inovasi" natijah kemiskinan yang dipelopori mereka, ada beberapa lagi kebusukan yang mereka telah dedahkan. Pertama, kepercayaan biar miskin harta, jangan miskin anak tidak selalunya betul. Kedua, dan mungkin yang paling menekan mereka adalah kutukan masyarakat. Tak sangka pula masih ada orang di Kuantan yang minda mereka masih zaman awal merdeka dulu memandang rendah pada orang miskin.

Ketiga yang tidak kurang penting adalah MUIP sendiri. Baca saranan Timbalan Yang dipertua MUIP tersebut. "Datang ke pejabat MUIP, isi borang dan senaraikan jenis bantuan yang diperlukan dan kita akan pertimbangkan". Nampaknya MUIP sudah jadi macam para YB dalam Bersamamu, bila rakyat sudah keluar TV, baru mereka muncul menawarkan seribu satu bantuan. Mereka tak mahu meninggalkan hawa dingin pejabat mereka untuk mencari rakyat dalam kesusahan. Mungkin mereka perlu menyelidik dan menginsafi, kenapa pasangan tersebut lebih nampak kepada paderi daripada anak tangga pejabat MUIP.

Surat khabar hari ini juga mendedahkan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO telah berjaya menyelesaikan 120 kes penderitaan masyarakat. Rupanya, selain daripada membawak balik anak-anak perempuan Melayu yang merempat di negara asal suaminya, Datuk Abdul Azeez telah berjaya dalam banyak misi lain. Mungkin berkat terjun di kutub dulu bersama dengan mat rempit, Datuk Azeez telah dikurniakan akal dan ikhtiar yang panjang. Hanya mat rempit saja yang tak terkesan dengan terjunan di kutub tu.

Tapi sayang, Datuk Azeez tidak lebih awal menemui masalah keluaraga sebelas beranak di Kuantan ini. Jika tidak tentu keluarga tersebut tak akan sempat membuat surat akuan untuk keluar Islam.



4 comments:

si nakal andi said...

hah?
sampai murtad?
daif sangat kah hidup di malaysia?
atau tak ada keinginan untuk mengubah nasib diri sendiri?

hmmm... pandang rendah pada orang miskin?
betulkah? masih adakah mentaliti itu?
macam tak percaya aja.. ini bukan zaman 'penarik becha' P Ramlee itu

pendatang asing senang senang aja cari rejeki di malaysia.. macam x percaya aja org melayu pulak daif macam itu..

p/s : anak tu kasi kat aku lah, nak buat jadi anak angkat.

azman said...

aku rasa, aada mungkin jg tak ada keinginan mengubah nasib.

sbb depa dah pun dibagi rumah PPRT, maknanya dah ada bantuan. Takkan lah semua sekali nak dibantu sedangkan suami isteri masih ada.

Anonymous said...

Dah dok kat opis ado ekon...kerusi ompuk.....nak jelajah kampung2...tompek orang miskin...mano dio orang nak.
Nak mintak bantuan...mintak sedokah topi jalan lae sonang.
sobab banyak bona birokerasi eiii.
Agak ei...borang utk di isi pun berjelo2 kot.

in☂an Jun$u said...

ni dah kes parah ni!
miskin kpd murtad.
kaya pn kpd murtad.

mereka yg berkenaan dn brkuasa xreti2 ke nak tolong golongan miskin ni??

pelik btol aku..