Tiba-tiba saja Saiful muncul di kaca TV semalam.
Sama lah macam agen insuran dan kad kredit..
Ada satu lagi kekurangan diri aku iaitu kurang pandai untuk berkata TIDAK kepada jurujual yang tetiba terpacul di tempat kerja aku. Yang paling biasa adalah agen kad kredit dan insuran. Awal tahun lalu ada seorang pakcik menjual madu lebah.... Beberapa minggu lepas entah macam mana, boleh pula jurujual periuk menyelinap masuk. Siap buat demo. Merasa jugak makan apam yang dibuat dengan periuk magic tu.
Tapi yang paling aku tensen adalah agen kad kredit. Mula-mula dulu aku memang tak tahu nak kata tidak. Aku tak tahu di mana nak memintas percakapan dorang yang tak ada brek. Sometimes, in between, aku sempat plak berfikir, kalau aku tiba-tiba kata NO, kesian pula sama diorang yang dah bercakap berpuluh-puluh patah perkataan, tambah lagi ada yang datang dari seberang.
Kalau yang melalui telefon lagilah. Sebenarnya aku baru terima satu call tadi mempromosi insuran kemalangan. Time aku tengah bercakap pun, dia tetap terus bercakap sampai aku tak dapat tangkap buah butirnya. Tapi mujurlah perempuan tadi, Farah namanya, faham dan dapat terima yang aku kini sedang di ambang zaman penjimatan. Sory Farah, aku takda duit extra nak invest ke insuran ko..
Tapi situasi mutakhir pun, aku dah mula mengamalkan strategi menolak dari awal bila orang-orang mcm ni approach. Aku bagitau, aku dah ada banyak kad kredit. Kawan aku pulak, dia sebut direct, "saya guna kad Bank Islam saja". Selalunya agen tu terpaksa blah dengan muka kelat bila kena sound macam tu sampai aku pun kadang-kadang kesian...(baiknya aku ni...). Tapi sebaik-baik aku pun, aku dah tak sanggup jadi mangsa lagi. So aku pun terpaksa pasang perisai kebal cap gadjah untuk menahan asakan dari pemberontak dan militan.
Sebab aku jadi pernah jadi mangsa kerana, pernah ada free agent datang promosi kad kredit. Oleh sebab dia kata kalau kad tu tak diguna enam bulan, ia akan automatically kensel, maka aku pun terima tanpa syak wasangka. Memang, dalam beberapa bulan pertama aku telah terima penyata. Beberapa kali lepas tu, penyata tak ada lagi aku terima. Maka aku dengan yakin menyimpulkan kad tu dah automatik terkensel.
Tup-tup hujung tahun lepas aku terima penyata lagi, kali ni charge annual fee. Siot! Kata terminate automatically, awat buleh charge annual fee?
Aku pun ke cawangan terdekat. Nyonya rambut perang-perang di kaunter menafikan ada pernah wujud tawaran semacam itu. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati. Tapi, stil tak mampu nak bagitau kat nyonya tu yang aku nak terminate, tambah-tambah dia berguling-guling suruh aku jangan terminate, rugi reward point, sebab point tu tak expired" kata dia. Walhal, aku mana ada point pun lagi sebab belum pernah guna?
9 comments:
aik
perangai kamu sama dengan aku daaa
payah nak cakap TAK NAK
(atau dengan ayat yg lebih kasar
"aku tak nak, ko ni tak paham bahasa ke hah?")
tapi sebab dah bosan ngan panggilan mamat kad kredit ni
aku dah ada beberapa method:
1. tak boleh la cik, minggu depan saya nak pindah arab, xdapat nak guna kad tu.
2. kontrak kerja saya dah habis ni. macamana saya nak bayar.
3. (ini aku selalu guna) saya ni memang anti kad kredit. saya guna cash. i just dont use credit card.
tapi member aku ni lagi brutal. sedang si mamat tu duk promote kat tepon opis aku, tetiba dia tekan butang OFF.
Ahaks!
sindrom tak sampai hati memang ada kat sesetengah orang. sama la cam aku dulu. suka sangat cakap yes! boleh je..nak dokumen apa tu?..tapi bila dah bertambah liabiliti ni mula la 'tekpela, terima kasihh..'
tapi macam yang ko cakap, biasala, diorang akan terus memujuk. lepas tu pandai pulak tu, suruh pompuan yg suara menggoda call, bila kena time tu, nak cakap 'tak nak' pun susah, cakap 'nak' pun susah
last² 'saya tengah ada meeting la, call petang skitt ye'. bila petang, aku dah ingat no tepon dia tadik, jangan harap la aku nak angkat!
ada gak yg paksa² ni. bila kita taknak, dia tanya pulak nape kita taknak. eh, sukati aku la tak nak kan?
Taktik yang regular, call cakap dari visa la mastercard la, lepas tu tanya ic kita la, suruh sebut no kad keditla, pelik kan? kalu ko dari visa ke apa ke, sure ko tau number kad aku. nape aku kena sebut pulak? ko la yg sebut, aku kompomkan isk³
btw, kita kena kuatkan diri gak cakap 'tak nak', 'terima kasih, saya dah ada banyak kaddd' etc
opss..sori ye tuan umah, cakap banyak pulak hehehe
it's pk to cakap banyak algojo, andi..
next time aku buat pertandingan sapa cakap paling banyak. menang dapat pakej melancong ke tanjung aru
hahahah.. u know what, ive always get all this nuisance.
so what i did was: alaa, saya ni jobless, kat sana ada kerja kosong tak and suddenly.. tut tut tut tut.. putus.. hahahahah, they are bunch of losers and desperate people.
and some nutcase even said this to me: ohh we got your credit number from our databank - yeah, and asked those nutcase which databank? errr, arrr, errr..
man,
aku paling benci promoter credit card.
kalau boleh makcik tealady pun mrk nak suruh apply. ish ish ish hangsuang sungguh.
ko kena kad ngan bank apa ni?
mana ada free lam dunia ni...
if tak guna kad pun,tetap kena charge annual fee...
ketinggalan ketapi la ko faryn..la ni da banyak kredit kad yg free anual fee. Satu yg sedang aku guna skang adalah Maybank petronas.
hujung tahun lepas, masa di midvalley ada agen HSBC approach aku, xsilap pendengaran aku, (sbb aku tngh racing time tu), dia kata kad tu pun free for life.
Salam.. Azman..nak tanya sikit nie..
disebabkan ko dah banyak sangat pengalaman pasal kad nie..aku nak tanya..tadi aku dapat panggilan..cite pasal kad jadah apatah..then aku tanya dia dapat no aku dari mana..dia tak jawab pula..dia duk sibuk cerita dapat tue dapat nie..so aku tak letak telefon..saje je dengar..last2 dia tanya en. Amiran..kad nie nak kita hantar kemana? ke rumah ke pejabat..aku kata tak nak..dia buat2 tak dengar..dia cakap..oh kat rumah eh..lepas tue terus letak telefon...cis betul..so macam mana nie? apa tindakan yang harus aku lakukan?
awat dia suka ati nk bg ko kad tuh?
bank mana yg desperate carik kustomer tuh?
kalo sampai kad nnti, terus ko pi bank, ko toreh muka oficer incharge ngan kad tuh...
pengalaman aku xpenah plak ada ofer tru telefon, n trus nk hanta kad..
Post a Comment